Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.kan] | راکن

Definisi : = rakanan 1. sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll): kanak-kanak yg menjadi ~ sepermainan anaknya; 2. kawan dlm sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan, dll) atau sesuatu kegiat­an: ~ sejawat; ~ niaga; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pen­didikan keagamaan yg dijalankan di mas­jid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementeri­an, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program y (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kan] | راکن

Definisi : Kl ark 1. bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kan] | راکن

Definisi : orang yg dikenal rapat; sahabat; teman; kawan. ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb). ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisiplin, bertanggungjawab, amanah dan berdaya maju. ~ sekerja orang yg menjadi rakan kerja, terutamanya dlm sesuatu jabatan, profesion dsb. ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan (biasanya dlm permainan semasa zaman kanak-kanak). berakan bersahabat; berteman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakan
Rujuk :teman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELEGI

Elegi ialah puisi yang biasanya dikaitkan dengan

kematian, selalunya kematian rakan-rakan.

UMUM 
RAKAN SEJENAYAH UMUM 
RAKAN MUDAProjek khas untuk golongan mudaSUKANKegiatan
AMIS, KINGSLEY

Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel

Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang

lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang

paling termasyhur ialah novelnya yang pertama,

Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang

pensyarah universiti yang muda berasa meluat

terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan

kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan

bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat

dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk

That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You

(1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man

(1970), Jake’s Thing (1979), Stanley and the Women

(1984), dan The Old Devils (1986).

UMUM 
SYAIR BURUNGSYAIR BURUNG, puisi Melayu Tradisional. Syair Burung mengandungi ajaran Islam. Naskhah syair ini terdapat di Jakarta dan Leiden. Naskhah di Jakarta (Bat. Gen. 61) yang ditulis pada 30 Syawal 1248 H. Menyebut seorang yang bernama Talib, pedagang di Malabar sebagai penulisnya. Naskhah di Leiden (KL. 171) yang ditulis pada tahun 1857 menyebut Raja Hassan, anak Raja Ali dari Pulau Penyengat sebagai penulis. Syair ini pernah dicap batu di Singapura dan Jambi. Naskhah di Jakarta diterbitkan oleh Jumsari Jusuff dan rakan-rakan.SASTERAKonsep
PENENTANGAN TUK JANGGUT

PENENTANGAN TUK JANGGUT, pemberontakan menentang British yang meletus pada bulan April 1915 di Pasir Puteh, Kelantan.  Kebangkitan ini merupakan penentangan terhadap peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British apabila British terlibat dalam pentadbiran Kelantan sejak tahun 1910.  kebangkitan ini dipimpin oleh Jaji Mat Hasan bin Munas, yang lebih dikenal dengan panggilan Tuk Janggut.  Dalam gerakannya, Tuk Janggut mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan, pembesar dan kerabat diraja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PASPAM

PASPAM, pertubuhan bercorak sosial dan kebudayaan.  Pertubuhan ini jelas mampu membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.  Nama penuh PASPAM ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya. PASPAM ditubuhkan pada bulan September 1934, hasil anjuran Syed Alwi     al-Hadi, pengarang akhbar Saudara, yang berminat terhadap kegiatan Sahabat Pena yang telah ditubuhkan melalui akhbar Saudara pada 7 April 1934.  Syed Alwi telah menjemput rakan-rakan yang berminat dalam Sahabat Pena seperti Zainal Abidin B.A., Syekh Abdullah Maghribi, Nyak Mohd. Amin, CM. Ibrahim, Syed Abdul Rahman           al-Yahya dan Syed Ali Yahya untuk sarna-sarna menggerakkan PASPAM.

SASTERAPersatuan
SHERRITT, AARON

Sherritt, Aaron (1857?–1880), warga Australia,

telah digambarkan sebagai “rakan dan telegraf

belukar untuk geng Kelly.” Dia dibunuh oleh Joe

Byrne, salah seorang anggota geng tersebut.

UMUM 
PERKONGSIAN

Perkongsian ialah satu pertubuhan yang

dibentuk oleh dua orang atau lebih untuk

menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka

biasanya bersetuju secara bertulis ataupun

secara lisan untuk menjadi rakan kongsi. Walau

bagaimanapun, seseorang yang menjalankan

perniagaan bersama-sama dan berkongsi

keuntungannya, biasanya dianggap sebagai

rakan kongsi, walaupun mereka tidak bermaksud

begitu.

UMUM 
MA YUAN

Ma Yuan ialah pelukis yang terkenal daripada ahli

keluarga pelukis Cina yang dihormati. Bersama-sama

rakan pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan

Hsia Kuei), Ma Yuan telah menghasilkan sebahagian

daripada lukisan landskap dengan menggunakan

dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada

Zaman Song (Sung) Selatan di China.

UMUM 
123

Kembali ke atas