Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.kun] | راکون

Definisi : sj binatang kecil pemakan daging yg ber­muncung panjang dan bulu ekornya kem­bang berbelang putih dan hitam, biasanya terdapat di kawasan hutan Amerika Utara dan Selatan, Procyon lotor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kun] | راکون

Definisi : sj binatang mamalia yg kecil dan berwarna gelap atau hitam kekelabuan, muncungnya panjang, dan terdapat jalur putih pd mukanya dan pd ekornya, Procyon lotor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rakun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAKUN UMUM 
ANJING RAKUN

Anjing rakun ialah anggota famili anjing

berbulu tebal yang tumbuh serupa dengan rakun.

Tempat asal anjing ini ialah hutan Siberia dan Asia

Timur termasuk Jepun.

UMUM 
KINKAJOU

Kinkajou ialah anggota famili rakun yang

boleh bergantung dari dahan pokok dengan

menggunakan ekornya yang panjang. Kinkajou

berbadan langsing dan membesar lebih kurang 90

sentimeter panjangnya termasuk ekor. Ia berbulu

tebal berwarna perang kuning.

UMUM 
RINGTAIL

Ringtail yang kurus dan lincah tergolong dalam

famili rakun. Haiwan ini mempunyai tubuh berbulu

kelabu perang yang berukuran 30 hingga 40

sentimeter panjang. Ekornya yang gebu berukuran

35 hingga 45 sentimeter panjang dan berbelang,

jalur hitam dan putih. Ia mempunyai hidung yang

tajam dan telinga serta mata yang besar.

UMUM 
KOATI

Koati yang juga dikenali sebagai

koatimundi, ialah anggota famili rakun. Ia

mempunyai muncung panjang yang fleksibel

dan sering menegakkan ekornya yang panjang

bergelang-gelang. Koati hidup di kawasan

berhutan di benua Amerika, dari Arizona di

Amerika Syarikat arah ke selatan hingga ke utara

Argentina.

UMUM 

Kembali ke atas