Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.li] | رالي

Definisi : 1. perlumbaan kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di estet, jalan raya dsb: dia pernah menyertai ~ kereta klasik antara­bangsa Bejing-Paris; 2. (Eko) kenaikan harga saham dsb secara keseluruhan selepas meng­alami suatu kejatuhan; ~ teknikal kenaik­an secara menyeluruh sesuatu saham atau sekumpulan saham utk jangka masa pendek dlm pasaran semasa pasaran menurun; 3. (Suk) pertukaran pukulan antara pemain dlm beberapa siri sehingga satu mata diperoleh spt dlm permainan badminton dan skuasy. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.li] | رالي

Definisi : 1 perlumbaan (jarak jauh) kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di kawasan berbukit-bukit atau di jalan raya: Dia berminat utk menyertai ~ yg akan diadakan itu. 2 pertukaran pukulan antara pemain (spt dlm permainan badminton dan skuasy) yg berlaku berturut-turut dan agak lama hingga satu mata diperoleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rali


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAN

Taman. Kebanyakan taman merupakan sebidang

tanah yang disediakan kepada orang awam untuk

bersantai. Banyak taman digunakan untuk rekreasi

atau sebagai tempat yang boleh dilawati oleh

pelawat untuk berehat dalam persekitaran semula

jadi. Sesetengah taman pula digunakan untuk acara

kebudayaan dan pendidikan, sukan, rali, dan pesta.

UMUM 

Kembali ke atas