Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramal
Kata Terbitan : meramalkan, ramalan, peramalan, peramal,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEFTENAN ADNAN

LEFTENAN ADNAN (1915 – 1942),  perajurit tanah air. Dia lahir di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Ibu bapanya berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat (Minangkabau), Indonesia dan telah menetap di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Dia memperoleh pendidikan formalnya di Sekolah Melayu Kampung Sungai Ramal hingga lulus Darjah Lima. Bagi menambahkan ilmu pengetahuannya dia memasuki Sekolah Agama di Jenderam selama dua tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SIMPULAN GORDIAN

Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan

yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat

Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk

mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos,

Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana

nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan

barang siapa yang boleh membuka simpulan

Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang

mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar

Agung memotong simpulan itu dengan

pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia

telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah

ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh

menukarkan semua benda menjadi emas.

Ungkapan memotong simpulan Gordian

bermakna menyelesaikan masalah yang sukar

dengan cara yang mudah.

UMUM 
MASNAWI

MASNAWI, puisi Parsi yang dicipta atau dikembangkan oleh penyair sufi Parsi yang terkenal, Jalaluddin al-Rumi (m. 1273 M.).  Masnawi merupakan puisi panjang, baik yang berbentuk naratif seperti puisi epik Shah Nama oleh Firdausi (m. 1020 M.) mahupun puisi dedaktik Mathnawi karya al-Rumi.   Shah Nama terdiri daripada 60 000 rangkap dengan menggunakan polamatra mutaqarib dan Mathnawi mengandungi 25 000 rangkap dalam polamatra ramal.

SASTERAKarya

Kembali ke atas