P. RAMLEE | P. Ramlee (1929–1973), penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, penulis skrip dan pengarah filem teragung di Malaysia. Dia lahir pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 29 Mei 1973 di Kuala Lumpur. Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Ayahnya, Teuku Nyak Puteh Nyak Karim, berasal dari Lhoksemauwe, Aceh. Ibunya Che Mah Husin berasal dari Kubang Buaya, Seberang Prai, Pulau Pinang. | UMUM | |
P. RAMLEE, TAN SRI | P. RAMLEE, Tan Sri (1929 – 1973), penyanyi, pelakon dan pengarah filem. Dia lahir pada 20 Mac 1929 di Kampung Jawa, Pulau Pinang. Nama sebenar P. Ramlee atau Ramli bin Puteh ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Ayahnya, Teuku Nyak Puteh, daripada golongan bangsawan dan berasal dari Lohkseumawe, Aceh, Sumatera. | BUDAYA | Tokoh |
IBU MERTUAKU | IBU MERTUAKU , filem Melayu karya dan arahan P. Ramlee. Filem ini adalah produksi filem hitam putih Malay Film Productions pada tahun 1962, dan penerbitnya ialah Run Run Shaw. P. Ramlee juga mencipta muzik dan lagu untuk filem ini, manakala S. Sudarmaji mencipta seni kata lagu-lagu tersebut. A.V. Bapat pula menjadi pereka bangunan dan juruhias dan A. Bakar Ali sebagai jurugambar. | BUDAYA | Karya |
ANAKKU SAZALI | ANAKKU SAZALI, filem Melayu terbitan Malay Filem Productions Ltd. Pada tahun 1956, arahan Phani Majumdar. Filen yang dibintangioleh P. Ramlee ini menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, dalam Festival Filem Asia yang diadakan di Tokyo pada tahun 1957. | BUDAYA | Konsep |
SAADIAH | SAADIAH (1936 - ), pelakon dan pengarah filem. Dia lahir pada 10 Ogos 1936. Nama penuhnya ialah Saadiah binti Baharom. Dia mendapat bimbingan berlakon daripada P. Ramlee. | BUDAYA | Tokoh |
SENIMAN | SENIMAN, persatuan untuk para seniman dan seniwati di Malaysia. SENIMAN ialah singkatan Persatuan Seniman Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 hasil usaha bersama Haji Idris Ibrahim, Ahli Parlimen Setapak, Zainuddin Zimbo dan beberapa orang seniman dan seniwati yang terlibat dengan Merdeka Studio di Hulu Kelang, Selangor. SENIMAN adalah sebagai ganti Persatuan Artis-Artis Malaya (PERSAMA) yang pernah dipimpin oleh P. Ramlee di studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1960-an. PERSAMA dibubar bersama-sama Studio Malay Film Productions jalan Ampas yang ditutup pada 15 September 1967. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |