Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ramli


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAMLI IBRAHIMPenari tarian IndiaKESENIANTokoh
RAMLI ISIN

RAMLI ISIN (1939-     ), penulis. Dia lahir pada 30 Mac 1939 di Kampung Seliau, Seremban, Negeri Sembilan. Di samping namanya, dia juga pernah menggunakan nama pena Wijaya R. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seliau dan Sekolah Melayu Jalan Channer, Seremban. Selepas itu, Ramli melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim (1957-1960)

SASTERATokoh
DOL RAMLI, TAN SRI

Dol Ramli, Tan Sri (1922-    ), tokoh penyiaran. Beliau juga adalah pencipta lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan penulis lirik lagu Tanah Pusaka.

KESENIANTokoh
P. RAMLEE, TAN SRI

P. RAMLEE, Tan Sri (1929 – 1973), penyanyi, pelakon dan pengarah filem. Dia lahir pada 20 Mac 1929 di Kampung Jawa, Pulau Pinang. Nama sebenar P. Ramlee atau Ramli bin Puteh ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Ayahnya, Teuku Nyak Puteh, daripada golongan bangsawan dan berasal dari Lohkseumawe, Aceh, Sumatera.

BUDAYATokoh
KITA

KITA, pertubuhan politik pada zaman Jepun. KITA ialah singkatan Gerakan Kiri Tanah Air. KITA ditubuhkan pada tahun 1945 oleh Ahmad Boestaman. Kepimpinan KITA dikenali sebagai “Empat Serangkai’, dengan diketuai oleh Ahmad Boestaman serta Zulkifli Ownie, Mokhtar Bakri dan Haji Ramli Said. Mereka selalu berhubungan antara satu sama lain untuk mendapatkan cerita dan rahsia, dan kod nama mereka ialah KITA. Dengan cara begitu pihak Jepun tidak dapat mengesyaki pengintipan mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERSATUAN MELAYU SELANGOR

PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan.  Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari).  Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.  Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas