BUNGA RAMPAI SASTERA | BUNGA RAMPAI SASTERA, himpunan petikan pelbagai genre sastera yang dianggap bermutu tinggi. Dalam sejarah persuratan Melayu dan Nusantara, Bunga Rampai Sastera pada mulanya digunakan hanya untuk himpunan karya klasik. Dua contohnya ialah Bunga Rampai: Dari Hikayat Lama (diselenggarakan oleh Sanusi Pane, 1956) dan Bunga Rampai Melayu Kuno (diselenggarakan oleh M.G. Emeis, 1967). | SASTERA | Karya |
BUNGA RAMPAI | BUNGA RAMPAI, campuran beberapa jenis bunga harum yang digaul dengan hirisan daun pandan dan daun limau purut berserta pewangi seperti air mawar, minyak atar, serbuk cendana dan diukup dengan setanggi atau dian ukup. | BUDAYA | Konsep |
KERI | KERI, alat pertanian tradisi untuk membersihkan rumput rampai dan tumbuhan melata di sawah padi. Rupa keri seperti cangkul tetapi lebih kecil. Mata keri diperbuat daripada besi waja. Bentuknya bengkok. Bahagian belakangnya tumpul manakala bahagian hadapannya tajam., Panjang hulu keri lebih kurang 0.92 cm, diperbuat daripada kayu keras dan tahan tetapi ringan seperti kayu halban. | BUDAYA | Alat/Alatan |
BURBANK, LUTHER | Burbank, Luther (1849–1926), pembiak baka tumbuhan, pekerja tapak semaian dan ahli hortikultur Amerika. Dia memperkenalkan dan menghasilkan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan rumput-rampai yang baharu. | UMUM | |