SCHERZO | Scherzo ialah gubahan muzik yang pendek dan rancak. Istilah ini digunakan untuk memerikan pergerakan ketiga simfoni empat bahagian, sonata, atau gubahan muzik kamar. Kebanyakan scherzo bercirikan irama rancak dan perubahan mendadak dalam ritma, dan berentak lucu serta menghiburkan. Scherzo juga meliputi bahagian bertentangan yang dikenali sebagai trio. Trio dalam kebanyakan keadaan, lebih senyap dan lebih berirama daripada scherzo lain. Penggubah Jerman, Ludwig van Beethoven memperkenalkan scherzo dalam beberapa gubahannya pada tahun 1800. Pakar scherzo yang terkemudian termasuk Felix Mendelssohn dari Jerman, Anton Bruckner, dan Gustav Mahler dari Austria, dan Bela Bartok dari Hungary. | UMUM | |
TARANTELLA | Tarantella ialah tarian rakyat yang popular, berasal dari selatan Itali. Tarantella ialah tarian yang rancak dan bertenaga yang dipersembahkan dengan kepantasan enam per lapan kali masa sebenar. Tarian ini biasanya ditarikan secara berpasangan dan sering diiringi muzik yang menggunakan alat kastanet dan tamburin. | UMUM | |
SONATA | Sonata ialah gubahan instrumental yang mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci, tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo (gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik (Bentuk sonata). | UMUM | |
KUGIRAN | KUGIRAN, kumpulan pancaragam kecil yang mengandung tiga jenis gitar elektrik disertai alat-alat genderang. Perkataan kugiran ialah perkataan ‘kumpulan’, ‘gitar’ dan ‘rancak’. Perkataan ini direka lebih kurang pada akhir tahun 1960-an sebagai gelaran kepada kumpulan muzik yang menggunakan alat muzik gitar. Gelaran ini dianggap sesuai bagi kumpulan muzik seperti itu tidak kira apa jenis muzik yang dimainkan -0 sama ada perlahan atau rancak. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SHOSTAKOVICH, DIMITRI | Shostakovich, Dimitri (1906–1975) ialah penggubah Rusia yang paling penting. Pendidikan muzik dan kerjayanya hanya di Kesatuan Soviet (lihat Kesatuan Republik Sosialis Soviet). Karya utamanya ialah 15 simfoni dan 15 kuartet alat tali. Dia juga menulis konserto, lagu, nota muzik filem, balet, dan opera. Gubahannya yang paling popular termasuk “Polka” yang rancak daripada balet The Golden Age (1930). | UMUM | |
SIMFONI | Simfoni ialah gubahan muzik besar-besaran untuk orkestra. Simfoni terbahagi kepada bahagian-bahagian yang dikenali sebagai gerak muzik. Kebanyakan simfoni terdiri daripada empat gerak muzik, tetapi sesetengahnya hanya mempunyai satu, manakala terdapat pula yang sampai enam gerak muzik. Gerak pertama kebanyakan simfoni sederhana cepatnya. Gerak kedua ialah yang paling perlahan, dan yang ketiga mempunyai mutu seperti tarian. Gerak keempat adalah rancak, yang merupakan berakhir kemenangan. | UMUM | |
TARANTULA | Tarantula ialah nama biasa bagi mana-mana satu daripada sekumpulan labah-labah yang kebanyakannya besar, berbulu. Tarantula didapati dalam iklim panas di seluruh kawasan tropika. Sesetengah tarantula hidup lebih daripada 20 tahun. Tarantula mendapat namanya daripada labah-labah serigala yang besar yang terdapat di sekitar Taranto, di selatan Itali. Orang di kawasan ini pernah percaya bahawa gigitan labah-labah ini menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai tarantisme . Mangsa kononnya meloncat ke udara dan berlari-lari sambil mengeluarkan bunyi yang pelik. Mengikut kepercayaan karut ini, ubat yang terbaik adalah tarian rakyat Itali yang rancak, yang menjadi terkenal sebagai tarantella . | UMUM | |