Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688 bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di England dan melantik William III dan Mary II sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman Katolik daripada menaiki takhta dan melarang seseorang raja daripada menangguh undang-undang, mengekalkan angkatan tentera ketika aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan Parlimen. |