ANALISIS RANGKAIAN PAIP SISTEM PENGAGIHAN | Rangkaian paip yang bersepadu dan berfungsi mengagihkan gas dari sumber bekalan kepada pengguna. | KEJURUTERAAN | Konsep |
POLIMER | Polimer ialah molekul yang besar, panjang, bak rantai yang terbentuk oleh rangkaian kimia banyak molekul kecil. Unit kecil binaan molekul dikenali sebagai monomer . Monomer bersambung menjadi rantai melalui proses rangkaian yang berulang yang dikenali sebagai pempolimeran . Polimer boleh terdiri daripada beribu-ribu monomer. Sesetengah polimer wujud secara semula jadi. Yang lain adalah polimer sintetik. | UMUM | |
PERGUNUNGAN ANDES | Pergunungan Andes ialah rangkaian gunung di atas aras laut yang terpanjang di dunia. Pergunungan ini menganjur di sepanjang seluruh pantai barat Amerika Selatan dari Tanjung Horn ke Panama dan Venezuela bagi jarak sejauh 7200 kilometer. Hanya pergunungan Himalaya di utara India dan Tibet yang lebih tinggi daripada Pergunungan Andes. Banyak puncak Andes mencecah ketinggian melebihi 6100 meter. Ukuran keratan rentas bahagian Andes yang paling lebar adalah kira-kira 650 kilometer. Dalam bahasa Sepanyol, Andes dikenali sebagai Cordillera de los Andes , Rangkaian Pergunungan Andes. | UMUM | |
PERGUNUNGAN CATSKILL | Pergunungan Catskill membentuk satu rangkaian gunung separuh bulat di bahagian barat Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat. Ia merupakan salah satu banjaran utama dalam sistem Pergunungan Appalachian. Pinggir selatan Pergunungan Catskill terletak kira-kira 65 kilometer ke barat laut kota New York. Untuk lokasi, lihat New York (peta fizikal). Panjang rangkaian gunung ini kira-kira 110 kilometer dan lebarnya 80 kilometer. Puncak yang paling tinggi ialah Gunung Slide, 1281 meter dan Gunung Hunter, 1227 meter. | UMUM | |
METAMORFISME | Metamorfisme ialah rangkaian proses yang mengubah bentuk batuan. Semasa metamorfisme, saiz, bentuk dan susunan mineral dalam batuan diubah suai. Hasilnya, mineral baru mungkin terbentuk atau mineral yang ada mungkin bertambah saiznya. | UMUM | |
TEROWONG SELAT | Terowong Selat ialah rangkaian kereta api bawah laut yang menghubungkan United Kingdom dengan Perancis. Pembinaannya merupakan satu daripada projek kejuruteraan utama dunia pada tahun 1980 dan tahun 1990. Di dalam terowong berkembar itu terdapat terowong landasan kereta api tunggal, yang direka bentuk bagi kereta api elektrik laju. Terowong itu dibina untuk empat jenis kereta api: perkhidmatan ulang-alik penumpang bagi kereta dan bas, perkhidmatan ulang-alik pengangkutan bagi trak, kereta api penumpang berkelajuan tinggi antara bandar, dan kereta api pengangkutan barang. Ada dua stesen bagi kenderaan jalan raya untuk masuk ke terowong kereta api itu, iaitu di Folkestone, England , dan di Calais, Perancis. | UMUM | |
PLEKSUS | Pleksus dalam anatomi, ialah rangkaian bahagian yang saling terjalin. | UMUM | |
SISTEM SARAF | Sistem saraf ialah rangkaian komunikasi dalaman yang membolehkan haiwan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitarannya. Hampir kesemua haiwan, kecuali jenis yang paling ringkas, mempunyai jenis sistem saraf tertentu. | UMUM | |
BELL, ALEXANDER GRAHAM | Tokoh yang membina rangkaian telekomunikasi telefon | TEKNOLOGI | Tokoh |
SISTEM PEREDARAN | Sistem peredaran ialah satu rangkaian yang membawa darah ke seluruh badan. Semua haiwan kecuali jenis yang paling ringkas mempunyai sistem peredaran. | UMUM | |