| RANTAI | Rantai ialah istilah untuk satu unit ukuran dalam kerja ukur, dan bagi alat pengukur itu sendiri. | UMUM | |
| POLIMER | Polimer ialah molekul yang besar, panjang, bak rantai yang terbentuk oleh rangkaian kimia banyak molekul kecil. Unit kecil binaan molekul dikenali sebagai monomer . Monomer bersambung menjadi rantai melalui proses rangkaian yang berulang yang dikenali sebagai pempolimeran . Polimer boleh terdiri daripada beribu-ribu monomer. Sesetengah polimer wujud secara semula jadi. Yang lain adalah polimer sintetik. | UMUM | |
| BAHAN ANTIOKSIDAAN POLIMER | Bahan tambah yang dicampur ke dalam bahan lain seperti polimer untuk mengelakkan tindak balas pengoksidaan antara oksigen atmosfera dengan rantai polimer yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan bahan polimer. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
| SAUH | Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli. Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh, dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air, ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh dari air | UMUM | |
| KABEL | Kabel ialah unit ukuran nautika. Ia biasanya dikenali sebagai panjang kabel kerana pada masa dahulu, ia merupakan anggaran ukuran panjang kapal atau rantai sauh. | UMUM | |
| MALDIVES | Maldives ialah negara merdeka terkecil di Asia dan juga salah sebuah negara terkecil di dunia. Negara ini terdiri daripada lebih kurang 1000 pulau karang kecil yang berbentuk seperti rantai sepanjang 764 kilometer dan selebar 129 kilometer di Lautan Hindi. Bahagian hujung utara Maldives berada kira-kira 600 kilometer dari selatan India. Aktiviti ekonomi utama negara ini ialah perikanan dan pelancongan. | UMUM | |
| LEMAK | Lemak, ester semula jadi yang dihasilkan daripada gliserol dan asid karboksilik yang mempunyai rantai karbon yang panjang. | KIMIA | Konsep |
| SARUNG TANGAN BESI | Sarung tangan besi ialah sarung tangan kulit yang disaluti plat keluli, dan dipakai oleh sateria Zaman Pertengahan sebagai sebahagian daripada baju besi mereka. Sarung tangan besi yang awal diperbuat daripada baju rantai (cincin logam yang bersambung antara satu dengan yang lain). Kemudian, sarung tangan besi mempunyai engsel untuk memudahkan pergerakan. Sarung tangan besi digunakan sehingga tahun 1600-an. | UMUM | |
| MESIN PENYEMAI | Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira 15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek. Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah. Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang mengandungi biji yang hendak disemai. Alat penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah. | UMUM | |
| TRANSLASI | Proses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |