TAMARIN | Tamarin ialah sejenis monyet kecil yang tinggal di hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tamarin berkaitan rapat dengan marmoset, tetapi ia lebih besar sedikit (lihat Marmoset ). Tamarin membesar sehingga kira-kira 30 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya, yang mungkin sehingga 45 sentimeter panjangnya. Beratnya sehingga 1 kilogram. | UMUM | |
KESATUAN EROPAH | Kesatuan Eropah (EU) dahulunya dikenali sebagai Komuniti Eropah (EC) merupakan satu kumpulan negara Eropah yang terikat dalam kesatuan ekonomi dan integrasi politik yang lebih rapat. Kesatuan ini ditubuhkan pada 1 Januari 1993. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR | ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan. 1"> Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri. | BUDAYA | Konsep |
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND | PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand. Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis. Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain. Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |