ADAT PERKAHWINAN TEMIAR | ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan. Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri. | BUDAYA | Konsep |
KOTA JERAM | KOTA JERAM, kota yang pernah wujud di tebing Sungai Jeram yang terletak dalam Jajahan Pasir Putih, Kelantan. Kota ini dibina oleh Long Ghafar sekitar tahun 1775. Sejarah Kota Jeram berkait-rapat dengan Long Ghafar yang berasal dari reman, Patani, iaitu sepupu dengan Long Yunus, pengasas negeri Kelantan moden. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |