RASISME | Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia boleh dibahagikan menurut ras dan anggota, sesetengah ras berkedudukan lebih rendah daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai <i> penganut faham rasisme i> atau <i> rasis. i> Rasis mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh sebab mereka mengandaikan bahawa mereka adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka berhak mendapat hak istimewa. | UMUM | |
RAS, MANUSIA | Ras, Manusia atau bangsa manusia. Semua manusia adalah dari keturunan manusia yang hidup ratusan ribu tahun dahulu. Oleh itu, kita semua berkongsi leluhur yang sama. Ini bermakna bahawa semua manusia yang tinggal di dunia hari ini berkaitan dengan satu sama lain. Walaupun kita semua berkaitan, kita tidak kelihatan serupa. Badan kita berbeza saiz dan bentuknya, kulit kita berbeza-beza warnanya, mata kita berbeza warna dan bentuknya, bibir dan hidung kita berbeza bentuknya, dan rambut kita berbeza warna dan teksturnya. | UMUM | |
RASTAFARIAN | Rastafarian ialah ahli Ras Tafari, iaitu pergerakan agama dan politik yang bermula di kepulauan Caribbean di Jamaica pada tahun 1920- an. | UMUM | |
MYRDAL, GUNNAR | Myrdal, Gunnar (1898–1987) ialah ahli sosiologi dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya, <i> An American Dilemma: The Negro Problem and i> <i> Modern Democracy i> (1944) dianggap sebagai kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara mundur telah menghasilkan penulisan berjudul <i> Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of i> <i> Nations i> (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca terlalu ramai penduduk miskin di bahagian selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan. | UMUM | |
EMIRIAH ARAB BERSATU | Emiriah Arab Bersatu ialah persekutuan tujuh negeri merdeka di barat daya Asia. Negeri-negeri ini terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung Arab di hujung selatan Teluk Parsi. Dari barat ke timur, negeri tersebut ialah Abu Dhabi, Dubayy (juga dieja Dubai), Ash Shariqah, Ajman, Umm al Qaywayn, Ras al Khaymah, dan Al Fujayrah. | UMUM | |
MANUSIA PERAK | MANUSIA PERAK, rangka manusia yang lengkap dan tertua di Asia Tenggara. Rangka manusia lelaki yang berusia antara 40 hingga 45 tahun ini adalah daripada ras Australomelanesoid. Nama ‘Manusia Perak’ bersempena dengan tempat rangka itu ditemui iaitu di Gua Gunung Runtuh, Perak. Manusia Perak ditemui dalam keadaan <I style="mso-bidi-font-style: normal">in-situI> dan mempunyai pentarikhan kronometrik. Dengan itu, data dapat digunakan untuk penganalisisan dan interpretasi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
PALANG MERAH | Palang Merah ialah pertubuhan yang bertugas untuk melegakan penderitaan manusia. Lebih daripada 170 buah negara mempunyai persatuan Palang Merah kebangsaan. Setiap persatuan kebangsaan mempunyai programnya sendiri. Walau bagaimanapun, petugas Palang Merah di seluruh dunia bersatu dalam mencapai matlamat mereka. Mereka cuba untuk menghindarkan penderitaan semasa perang atau aman, dan berkhidmat untuk semua orang, tidak kira ras, kewarganegaraan dan agama. | UMUM | |