Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rasa-rasa

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Rasa tak mengapa hidung dikeluani.

Bermaksud :

Orang yang membiarkan dirinya diperbodohi orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANESTESIA

Anestesia ialah hilang deria rasa – terutama rasa

sakit, di seluruh badan atau sebahagian badan.

Ubat yang dinamakan anestetik digunakan bagi

menghasilkan anestesia sementara untuk tujuan

perubatan. Anestesia juga dihasilkan melalui

hipnosis dan akupunktur – cucukan jarum di

tempat tertentu pada badan. Sesetengah

kecederaan dan penyakit, terutamanya pada

sistem saraf, boleh menyebabkan kehilangan

deria rasa.

UMUM 
RASA

Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan

banyak haiwan. Rasa makanan membantu

menentukan apa dan berapa banyak yang kita

makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya

tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak

seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau

benda. Apabila kita mendapat selesema dan

hidung kita tersumbat, sesetengah makanan

mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan

hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan

makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai

rasa.

UMUM 
PATRIOTISME

Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang

setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa

kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa

kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa

bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada

kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan

perasaan bersatu dengan negara.

UMUM 
AL-RASA’IL

Al-Rasa’il ialah satu bentuk ilmu sastera (ilmu

prosa) pada zaman dahulu. Ia tergolong dalam

ilmu sastera nathri (prosa Arab). Ia mula

mendapat tempat dan berkembang pada abad

ke-3 dan ke-4 Hijrah.

UMUM 
RASA SAYANG

RASA SAYANG, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan secara beramai-ramai pada sesuatu majlis. Lagu yang berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia ini juga dikenal dengan nama “Rasa Sayang Eh” tetapi nama asalnya ialah “Rasa Sayang”. Lagu ini terkenal di seluruh rantau Asia Tenggara dan pernah dinyanyikan dalam bahasa Tagalog, Thai, China dan Tamil. Lagu ini mengandungi unsur-unsur kasih sayang, keceriaan, kemesraan dan juga usik-mengusik di kalangan kumpulan yang sama-sama mendendangkan lagu tersebut.

BUDAYAKarya
SENTUHAN

Sentuhan ialah deria yang memberikan kita rasa

bersentuhan dengan sesuatu benda. Ia juga

dinamakan organ taktil. Melalui deria ini kita boleh

mengetahui bentuk dan kekerasan sesuatu benda.

Menyentuh sesuatu benda boleh menimbulkan

rasa panas, sejuk, sakit dan tekanan. Hujung saraf

bebas dalam tisu memberikan rasa sakit. Sentuhan,

kepanasan, kesejukan dan rasa sakit juga

dinamakan deria kulit .

UMUM 
MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun ialah minyak yang wangi, boleh

dimakan, yang dibuat daripada buah zaitun. Ia

digunakan terutamanya sebagai kuah salad dan

sebagai minyak masak. Rasanya berbeza-beza,

daripada rasa manis hingga rasa hambar dan terdiri

daripada hampir keseluruhannya lemak tepu (lihat

Lemak). Kebanyakan minyak zaitun berwarna kuning

kehijauan cerah.

UMUM 
TABIK

Tabik ialah gerak isyarat untuk menyapa yang

biasanya untuk menyatakan rasa hormat atau sopan

santun. Berbagai-bagai jenis tabik dalam tentera

menunjukkan rasa hormat kepada pegawai,

bendera atau negara. Tabik lain meliputi berjabat

tangan dan gerakan yang rencam dengan senjata

yang dibuat oleh pemain pedang.

UMUM 
SIATIKA

Siatika ialah rasa kesakitan di sepanjang saraf

siatik. Saraf siatik ialah saraf yang memanjang ke

bawah dari pelvis hingga ke belakang kaki. Saraf

yang besar ini mengawal deria rasa dan pergerakan

pada kaki.

UMUM 
NEURALGIA

Neuralgia ialah rasa sakit teruk yang berlaku di

bahagian saraf. Punca kesakitan ini tidak diketahui.

Kesakitan mungkin terhad pada satu bahagian

saraf sahaja, atau boleh merebak ke cabang saraf

yang lain. Ia boleh berlaku dengan rasa sakit

seperti dicucuk berulang kali di gigi, sinus, mata,

muka, lidah, atau kerongkong.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas