BAHASA RASMI | BAHASA RASMI, ragam bahasa yang digunakan untuk semua urusan rasmi dan pentadbiran negara. Bahasa Melayu mula diberi peranan sebagai bahasa rasmi apabila Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Pindaan 1967), yang mengisytiharkan bahasa kebangsaan akan digunakan untuk semua urusan rasmi menggantikan bahasa Inggeris. | BAHASA | Bahasa |
AKTA RAHSIA RASMI 1972 | Akta Rahsia Rasmi 1972 ialah undang-undang bertulis berhubung dengan apa yang dikatakan sebagai rahsia kerajaan. Akta Rahsia Rasmi ini disebut atau dibincangkan apabila timbul perbincangan mengenai demokrasi, khususnya hak rakyat untuk mengambil tahu tentang perjalanan pemerintahan negara. | UNDANG-UNDANG | Akta |
PRAVDA | Pravda ialah akhbar rasmi Parti Komunis Kesatuan Soviet hingga Parti Komunis itu hilang kuasanya dalam kerajaan Soviet pada tahun 1991. | UMUM | |
DUMA | Duma, secara rasmi dikenali sebagai State Duma, ialah dewan perundangan terendah Rusia pada awal tahun 1900-an, iaitu pada zaman pemerintahan Tsar Nicholas II. | UMUM | |
DAUPHIN | Dauphin ialah gelaran rasmi putera sulung Perancis dari tahun 1349 hingga tahun 1830. Gelaran ini sama tarafnya dengan gelaran ‘Prince of Wales’ di England. | UMUM | |
KEBERKECUALIAN | Keberkecualian ialah pendirian rasmi kerajaan yang tidak menyertai mana-mana peperangan. Negara yang tidak mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dikatakan sebagai berkecuali. | UMUM | |
PERJANJIAN VERSAILLES | Perjanjian Versailles ialah persetujuan rasmi untuk menamatkan tindakan ketenteraan terhadap Jerman dalam Perang Dunia I. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Versailles, berhampiran Paris , pada 28 Jun 1919, dan dikuatkuasakan pada 10 Januari 1920. Serangan sebenar berakhir apabila Jerman menerima perjanjian gencatan senjata ini pada 11 November 1918. | UMUM | |
ACAPULCO | Acapulco (pend. 515 374) secara rasmi dikenali sebagai Acapulco de Juárez, ialah pelabuhan dan juga bandar percutian di Mexico. Pemandangannya yang indah, dan iklim sederhana panas menjadikannya salah satu tempat percutian yang paling popular di dunia. Ia terletak di atas bukit bukau berhutan di sepanjang pelabuhan semula jadi yang dalam di pantai Pasifik Mexico. Bandar ini terletak kira-kira 300 kilometer ke barat daya Mexico City (lihat Mexico [peta politik]). | UMUM | |
SUCRE | Sucre (pend. 79 941) ialah ibu negara rasmi Bolivia. Namun begitu semua pejabat kerajaan kecuali pejabat Mahkamah Agung, terletak di La Paz yang menjadi ibu negara sebenar. Sucre terletak di selatan tengah Bolivia di Banjaran Cordillera Real (Banjaran Royal) Pergunungan Andes pada ketinggian 2728 meter. Untuk lokasi, lihat Bolivia (peta). | UMUM | |
THE INTERNATIONALE | The Internationale ialah lagu kebangsaan tidak rasmi yang digunakan oleh sesetengah parti Sosialis. Sehingga tahun 1944, ia merupakan lagu kebangsaan Kesatuan Soviet – negara Komunis yang diketuai oleh Rusia. Lirik ini ditulis dalam bahasa Perancis pada tahun 1871 oleh Eugéne Pottier. Muziknya digubah pada tahun 1888 oleh Pierre Degeyter, orang Belgium. | UMUM | |