RASUAH | Rasuah ialah perbuatan memberi atau menawarkan sesuatu yang berharga kepada seseorang yang mempunyai kedudukan yang dipercayai sebaliknya melanggar tugas, atau undang-undang untuk memberi faedah kepada pemberi rasuah. | UMUM | |
AMALAN RASUAH | Amalan rasuah ialah teknik yang tidak beretika yang digunakan oleh ahli politik untuk mendapatkan faedah politik dalam sesuatu pilihan raya. | UMUM | |
PERANG RUSIA-JEPUN | Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun 1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari 1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian Portsmouth ditandatangani. | UMUM | |
MACAPAGAL, DIOSDADO | Macapagal, Diosdado (1910 –1997), berkhidmat sebagai presiden Filipina dari tahun 1961 hingga 1965. Dia dikenali sebagai seorang pegawai yang jujur dan berhemah tinggi, yang cuba menghapuskan rasuah di negaranya. Dia juga telah berusaha memperkenalkan reformasi ekonomi serta menggubal dasar luar Filipina dengan negara-negara Asia. | UMUM | |
ACTON, LORD | Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an. Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah buku berpengaruh Cambridge Modern History . Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya. Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah, dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak). | UMUM | |
SOUTH SEA BUBBLE | South Sea Bubble ialah bencana kewangan yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun 1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan memberi rasuah kepada beberapa orang ahli parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi menyebabkan harga saham melambung naik dari 100 paun ke-1000 paun. | UMUM | |
MIKI, TAKEO | Miki, Takeo (1907–1988), berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dari bulan Disember 1974 hingga bulan Disember 1976. Miki juga mengetuai Parti Liberal-Demokratik Jepun. Dia meletakkan jawatan selepas pilihan raya pada tahun 1976. Dalam pilihan raya tersebut, Parti Liberal- Demokratik hanya dapat mengekalkan kuasa di Diet (Parlimen), tetapi dengan jurang kemenangan yang lebih kecil daripada pilihan raya yang terdahulu. Sebelum dan semasa tempoh Miki memegang jawatan, beberapa ahli Parti Liberal-Demokratikbukan Miki-dituduh mengamalkan rasuah. Tuduhan ini turut menjadi salah satu sebab kemerosotan parti tersebut. | UMUM | |
BRECHT, BERTOLT | Brecht, Bertolt juga dieja Bertold (1898–1956) ialah dramatis Jerman yang penting. Brecht cuba menunjukkan bahawa pengaruh sosial boleh menentukan sifat manusia, dan keburukan kapitalisme boleh membuatkan orang miskin menjadi kejam dan orang kaya mengamalkan rasuah. | UMUM | |