Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. ber­­kata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ratus
Kata Terbitan : meratus,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRUSSIA

Prussia ialah negara ketenteraan yang kuat di

utara-tengah Eropah selama beratus-ratus tahun.

Apabila raja Prussia menjadi maharaja Kesatuan

Jerman pada tahun 1871, Prussia menjadi negeri

yang terbesar dalam Empayar Jerman. Selepas

Perang Dunia II (1939–1945), Prussia berpecah

menjadi daerah kecil dan tidak lagi wujud sebagai

sebuah negeri Jerman. Kebanyakan kawasannya

yang dulunya dikenali sebagai Prussia, kini terletak

di bahagian timur Jerman, Lithuania, Poland, dan

Rusia.

UMUM 
PERGAMUM

Pergamum ialah bandar purba agung di barat

Asia Kecil (kini Turki). Ia berkemungkinan diasaskan

beberapa ratus tahun sebelum menjadi pusat

kebudayaan Yunani yang penting pada tahun 200-

an S.M. Raja dinasti Attalid memerintah Pergamum

selepas tahun 263 S.M. Mereka menjemput ahli

falsafah, penulis dan artis ke istana diraja dan

menubuhkan perpustakaan yang besar di bandar

ini. Mereka juga menggalakkan perdagangan dan

pengeluaran tekstil broked dan kertas kulit. Para

pengarca Pergamum mengembangkan gaya

tersendiri dalam mencipta altar yang mengagumkan

yang ditujukan khas kepada Zeus, raja dewa

Yunani. Bandar ini mencapai kemuncak

kegemilangannya semasa pemerintahan Eumenes

II, antara tahun 197 S.M. dan tahun 159 S.M.

UMUM 
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 

Kembali ke atas