Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raub


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OSMAN ABADI

OSMAN ABADI (1930 – 1992), wartawan dan penulis skrip filem Melayu. Dia lahir pada 2 Mac 1930 di Raub, Pahang. Nama sebenarnya ialah Osman bin Mahmud Baginda. Dia mendapat pendidikan awal di Raub. Bapanya seorang tokoh nasionalis Pahang dan Osman banyak terpengaruh dengannya. Sejak dibangku sekolah lagi dia telah menunjukkan minat dalam bidang penulisan terutama rencana, puisi dan cerpen. Minatnya itu mendorong Osman Abadi menjadi pemberita sambilan Utusan Melayu yang ketika itu beribu pejabat di Singapura.

BUDAYATokoh
SALLEHUDDIN MOHAMED, TAN SRI

SALLEHUDDIN MOHAMAD, Tan Sri (1932 -     ), Ketua Setiausaha Negara (1984 – 1990).  Dia lahir pada 23 September 1932 di Raub, Pahang.  Dia mendapat pendidikan rendah dan menengah di Pahang.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Universiti Malaya, Singapura dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi).  Sallehuddin kemudiannya telah memperoleh sijil Program Cukai Antarabangsa dari Sekolah Undang-undang Havard (1967/1968) dan mengikuti Program Pengurusan.  Lanjutan di Sekolah Institut Pengurusan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas