RAWA | Rawa ialah kawasan tanah yang basah, mampung yang dicirikan oleh tanah berasid dan ditumbuhi lumut yang tebal. Di rawa juga terdapat tumbuh-tumbuhan lain dan banyak tumbuh-tumbuhan yang telah reput sebahagiannya yang dikenali sebagai gambut . Kebanyakan rawa terdapat di kawasan utara, tetapi ia boleh terdapat hampir di seluruh dunia. Rawa selimut ialah kawasan yang keseluruhannya diselimuti oleh gambut. Kebanyakan rawa selimut didapati di Ireland dan Scotland. | UMUM | |
BUTTERWORT | Butterwort ialah salah satu kumpulan tumbuhan yang memerangkap serangga. Butterwort hidup subur di rawa dan paya di negara-negara sebelah utara. Ia mempunyai gugusan daun yang tebal yang tumbuh hampir ke tanah dan mengeluarkan bahan melekit yang menarik perhatian serangga. | UMUM | |
TANAH PAYA ALLEN | Tanah paya Allen ialah kawasan seluas 970 kilometer persegi di tengah Ireland. Ia menjangkau dari kaunti Kildaire hingga sebahagian Laois, Offaly, dan Westmeath. Gambut yang digali dengan mesin dari rawa itu digunakan sebagai bahan api di stesen janakuasa tertentu. | UMUM | |
PERANGKAP LALAT VENUS | Perangkap lalat Venus ialah tumbuhan yang terdapat di satu kawasan kecil di kawasan pantai Carolina Utara dan Carolina Selatan, Amerika Syarikat. Ia juga dikenali sebagai Dionaea. Tumbuhan ini memerangkap serangga dalam daunnya, dan menghadamnya. Oleh kerana tabiat ini, ia dikenali sebagai tumbuhan karnivor . Perangkap lalat Venus tumbuh di rawa yang tanahnya kurang oksigen. Serangga adalah ganti nitrogen dalam diet tumbuhan ini. Ia tumbuh subur di tempat yang lembap tetapi memerlukan sinar matahari. | UMUM | |
SUNDEW | Sundew ialah tumbuhan luar biasa yang memerangkap dan menghadam serangga. Ia mendapat namanya yang bermakna embun matahari kerana titik-titik bendalir melekit, yang dikeluarkan oleh kelenjar pada daunnya. Dalam cahaya matahari, titik-titik bendalir ini berkilau seperti titik-titik embun. Sundew tumbuh di rawa dan rawang di seluruh dunia. Sundew biasa atau sundew berdaun bulat, adalah spesies yang paling meluas tersebar. Ia tumbuh subur di tanah yang lembap, berasid di seluruh Hemisfera Utara. Australia mempunyai lebih daripada 55 spesies sundew. Kebanyakannya hanya tumbuh di Australia Barat. | UMUM | |
MOOR | Moor ialah kawasan tanah lapang yang tidak diusahakan. Lapisan gambut yang biasanya basah meliputi sesetengah moor. Perkataan “moor” sering digunakan kepada moor di Scotland dan lain-lain bahagian di Kepulauan British, tempat heather tumbuh dengan banyaknya. Tetapi terdapat juga moor di barat laut Eropah dan Amerika Utara. Selain daripada heather, tumbuh-tumbuhan kawasan moor termasuk gorse, resam dan berbagai-bagai rumput. Pokok jarang didapati. Banyak moor menjadi rawa di kawasan rendah. | UMUM | |
MD. SALLEH YAAPAR | MD. SALLEH YAAPAR (1946- ), pengkaji dan pengkritik sastera. Dia lahir pada 20 Disember 1946 di Permatang Rawa, Seberang Perai, Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Marks, Butterworth. Pada tahun 1964, dia menjadi guru sementara di beberapa buah sekolah di Kedah. Selepas mengajar beberapa tahun, dia mendapat Sijil Perguruan pada tahun 1968. Selepas itu, dia menjadi guru tetap di beberapa buah sekolah menengah hinggalah dia melanjutkan pelajaran ke universiti. | SASTERA | Tokoh |
KUALA SELINSING | KUALA SELINSING, tapak arkeologi prasejarah akhir atau protosejarah awal. Kuala Selinsing di Pulau Kelumpang, Perak. I.H.N. Evans, orang pertama menjalankan ekskavasi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an menamakan tapak tersebut sebagai tapak Tanjung Rawa, Kuala Selinsing. Antara tahun 1988 hingga tahun 1990, beberapa penyelidik arkeologi dapat mengesan semula tapak tersebut dan menemuinya di dalam hutan paya bakau, Pulau Kelumpang. Tapak tersebut terletak dari Pelabuhan Sepetang, melalui Sungai Selinsing, sejauh lebih kurang 14 km. Jalan Sungai yang paling dekat ke situ melalui Kampung Selinsing atau dari Kuala Gula, sejauh lebih kurang 7 km. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BORONIA | Boronia ialah nama yang diberikan kepada kira-kira 90 spesies famili sitrus yang tumbuh hanya di Australia. Boronia biasa terdapat di kawasan rawa. Kebanyakannya tumbuh di Australia Barat. Kebanyakan boronia adalah pokok renek yang mempunyai bunga kembang, berwarna samar, berbau harum, dan mempunyai empat kelopak dan lapan stamen. | UMUM | |
USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |