Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.wai] | راواي

Definisi : sj alat utk menangkap ikan yg terdiri drpd beberapa bentuk kail yg digantungkan pd tali atau rotan yg terentang; merawai menangkap ikan dgn rawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wai] | راواي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), dedali paya, lima beruk, minyak beruk, Xanthophyllum griffithii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rawai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIKANAN LAUT

PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam.  Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat.   Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai.  Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin.  Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas