RAWANG | Rawang ialah kawasan basah yang ditumbuhi tumbuhan tidak berkayu seperti mensiang, rumput, purun, dan rusiga. Kawasan basah yang ditumbuhi pokok dan belukar dinamakan paya (lihat Paya ). | UMUM | |
PANGLIN | Panglin ialah nama sembilan jenis burung rawang dalam famili rail. Panglin kadangkala dikenali sebagai ayam lumpur atau ayam rawang. | UMUM | |
STATIS | Statis, yang juga dikenali sebagai lavender laut, ialah tumbuhan di Eropah Barat yang tumbuh di rawang masin. Ia tumbuh dengan banyak dan menjadikan rawang kelihatan berwarna biru keunguan pada musim panas. | UMUM | |
LELATU | Lelatu ialah cahaya kebiruan yang menakutkan, yang kadangkala kelihatan di rawang atau perkuburan. | UMUM | Umum |
MARSH MALLOW | Marsh mallow ialah tumbuhan yang tumbuh di padang rumput dan rawang di Utara Afrika dan Timur Eropah. Marsh mallow mempunyai batang berkayu yang tumbuh setinggi 60 hingga 120 sentimeter. | UMUM | |
PURUN | Purun ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan bak rumput yang biasanya tumbuh di rawang dan meadow, dan kadangkala dalam air tenang. Purun sebenar tergolong dalam satu famili. | UMUM | |
SWEET FLAG | Sweet flag ialah tumbuhan tinggi bak mensiang, dalam famili arum. Ia tumbuh di sepanjang anak air dan di rawang di hampir semua bahagian di Hemisfera Utara. Daunnya leper dan panjangnya 60 sentimeter hingga 180 sentimeter. Ia berbentuk seperti pedang dua mata. Batang sweet flag hampir seperti daunnya, tetapi lebih keras dan mengeluarkan spika bunga yang kecil, hijau berhampiran dengan puncaknya. Daun dan batangnya tumbuh secara langsung dari stok akar bawah tanah. Stok akarnya digunakan sebagai tonik, dan untuk membuat minyak wangi dan sediaan bilik mandi. Di Eropah, stok akarnya dijadikan makanan. Pengelasan saintifik. Sweet flag tergolong dalam famili arum, Araceae. Ia adalah Acorus calamus. | UMUM | |
YELLOWTHROAT | Yellowthroat ialah burung siul hutan yang hidup di Amerika Utara. Burung ini tinggal di kawasan berumput basah dan rawang, di tempat ia boleh bersembunyi di celah-celah mensiang yang tinggi. Belakangnya berwarna hijau buah zaitun dan lehernya berwarna kuning-jingga terang. | UMUM | |
TAMARISK | Tamarisk ialah pokok kecil atau pokok renek yang tumbuh di tanah masin. Terdapat lebih kurang 100 jenis tamarisk. Kebanyakan spesiesnya terdapat di rawang dan dekat pantai di sekitar Laut Mediterranean dan di Timur Tengah. Tamarisk tumbuh sehingga kira-kira dua meter tingginya. | UMUM | |
METANA | Metana ialah sebatian penting industri yang membentuk sebahagian besar gas asli. Ia terbentuk apabila tumbuh-tumbuhan mengurai pada persekitaran yang mengandungi sangat sedikit air. Metana kerap dikenali sebagai gas rawang kerana ia terdapat di kawasan air bertakung atau paya. Ia juga merupakan kandungan utama gas arang batu, iaitu gas yang menyebabkan berlakunya letupan besar di dalam lombong arang batu. | UMUM | Disiplin Ilmu |