Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.wi] | راوي

Definisi : Ar 1. = perawi orang yg meriwayatkan hadis Nabi, periwayat: ~ hadis; 2. orang yg bercerita, pengarang cerita: kata ~ bahawa Sultan Muhammad Shah itu di atas kerajaan terlalu sekali adil; merawi beriwayat, bercerita; merawikan meriwayatkan, menceritakan; perawian perihal menceritakan riwayat hidup: ~ teks HS; perawi orang yg meriwayatkan hadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wi] | راوي

Definisi : sl matahari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wi] | راوي

Definisi : orang yg meriwayatkan hadis Nabi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rawi
Rujuk :riwayat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAHMAR JAMIL

NAHMAR JAMIL (1938-    ), penyair dan penterjemah. Dia lahir pada 4 November 1928 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Nama sebenarnya ialah Na’man bin Haji Mohammad Rawi. Selain nama pena Nahmar Jamil, dia juga menggunakan nama pena Namiri Jamil dan N’man Rawi Jamil. Nahmar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar hingga lulus Darjah Lima. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Alwiah Addiniah, Arau hingga lulus Darjah Empat Thanawi. Dia juga sering membaca karya sastera Asia Barat untuk menambahkan pengetahuannya. Pada tahun 1976, dia diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti kursus Penulisan Kreatif selama satu tahun.

SASTERATokoh
KAMUS MELAYU

KAMUS MELAYU, kamus ekabahasa bertulisan Jawi, yang disusun oleh Al-Haji Syamsuddin bin Muhammad Yunus J.P. pada tahun 1353 H. Kamus ini dikenal juga sebagai Kamus Makna Perkataan Melayu. Cetakan kedua kamus ini terbit pada tahun 1367 H dengan tambahan 3000 perkataan lagi dan cetakan ketiga pada tahun 1372 H. Cetakan ketiga ini diterbitkan oleh Maktabah Al-Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin Al-Rawi dan dicetak di The United Press Pulau Pinang.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas