DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penguasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir Kuala Lumpur setelah Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Februari 1972. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA | Dewan Bandaraya Kuching Utara, penguasa tempatan yang ditubuhkan untuk mentadbir kawasan Bandaraya Kuching Utara setelah pengisytiharan Kuching sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
SEATTLE | Seattle (pend. bandar–516 259; kawasan metropolitan–1 972 961) ialah bandar raya terbesar di Washington, Amerika Syarikat. Bandar raya ini merupakan pusat pengeluaran, perdagangan, dan pengangkutan yang penting di Barat Laut Pasifik. Bandar raya ini terletak di pantai timur Selat Puget, kira-kira 200 kilometer dari Lautan Pasifik melalui Selat Juan de Fuca. Kedudukan Seattle telah membantunya menjadi pintu masuk ke Alaska dan Timur Jauh. Lebih kurang dua per lima penduduk Washington tinggal di kawasan metropolitan Seattle. | UMUM | |
SHEFFIELD | Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200) ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah England. Bandar raya ini terletak di kawasan berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai sebuah bandar raya perindustrian yang penting, Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan logam bermutu tinggi. Alat memotong dan <i>kutleri,i> iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain terkenal pada peringkat antarabangsa. | UMUM | |
MONTREAL | Montreal (pend. 1 015 420; pend. kaw. met. 2 900 000) bersaing dengan Toronto sebagai bandar raya yang terbesar di Kanada. Ia terletak di wilayah Quebec dan bandar raya terbesar di dunia yang penduduknya bertutur dalam bahasa Perancis selepas bandar raya Paris. Lebih kurang dua per tiga daripada orang Montreal berketurunan Perancis dan bertutur dalam bahasa Perancis. Montreal ialah salah satu daripada pelabuhan pedalaman terbesar di dunia dan pusat pengangkutan Kanada. Ia juga ialah pusat utama perniagaan, industri, kebudayaan dan pendidikan di Kanada. | UMUM | |
MOSCOW | Moscow ialah ibu negara Rusia dan salah sebuah bandar raya yang terbesar di dunia. Lebih daripada 8 1∕10 juta orang tinggal di Moscow. Sebagai perbandingan jumlah penduduk Moscow dengan bandar raya yang lain, lihat Bandar raya (jadual). | UMUM | |
DONETSK | Donetsk (pend. 1 064 000) ialah sebuah bandar raya di Lembangan Sungai Donets. Donetsk berada di sebelah timur Ukraine. Untuk lokasi bandar raya, lihat Ukraine (peta). | UMUM | |
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA | Kapsyen1"> :1"> Mengundi sebagai satu simbol demokrasi SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SALVADOR | Salvador (pend. 1 496 276; pend. kaw. met. 1 772 018) juga dinamakan Bahia, ialah bandar raya ketiga terbesar di Brazil. Hanya São Paulo dan Rio de Janeiro mempunyai lebih ramai penduduk. Salvador menjadi ibu negeri Bahia dan juga merupakan pelabuhan Atlantik yang sibuk. Ia terletak di Teluk Todos os Santos. Untuk lokasi, lihat Brazil (peta politik). | UMUM | |
MAPUTO | Maputo (pend. 1 006 756; pend. kaw. met. 1 551 457) ialah ibu negara dan bandar raya yang terbesar di Mozambique. | UMUM | |