RAYON | Rayon ialah sejenis serat yang dibuat di kilang. Serat rayon ini diperbuat daripada kayu atau kapas. Ia digunakan dengan meluas dalam pembuatan bahan industri serta tekstil anyaman dan tenunan untuk pakaian dan perhiasan fabrik. Sesetengah fabrik yang diperbuat daripada rayon diolah khas supaya kalis haba dan digunakan dalam bahagian tertentu pesawat angkasa lepas. | UMUM | |
TAFETA | Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera. Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil untuk membuat reben. | UMUM | |
SERGE | Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib serong atau rib miring pada permukaan kain. Serge worsted digunakan untuk membuat pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak digunakan untuk lapik. | UMUM | |
KASA | Kasa ialah kain yang nipis, terbuka yang dibuat daripada kapas, sutera, rayon, atau serat sintetik. Kasa (Gauze) mungkin mendapat namanya daripada bandar purba, Gaza, di Palestin, tempat jenis kain ini pertama kali dibuat. | UMUM | |
SATIN | Satin ditenun dengan benang pakan (benang melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan tenunan satin. | UMUM | |