Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata razak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK

Memorial Tun Abdul Razak ialah tempat

pameran barang-barang milik Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Memorial

ini terletak di Sri Taman, Jalan Perdana, Kuala

Lumpur.

UMUM 
RAZAK MAMAT

RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka.

SASTERATokoh
ABDUL RAZAK HUSSEIN, TUN (1922–1976)

Abdul Razak Hussein, Tun (1922-1976),

Perdana Menteri Malaysia yang kedua (1970–1976).

Dia juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan Malaysia’

kerana usaha gigihnya dalam menggerakkan

pelbagai aspek pembangunan negara seperti

pendidikan, infrastuktur, kerohanian dan ekonomi.

UMUM 
ABDUL RAZAK HUSSEIN, TUNABDUL RAZAK HUSSEIN,Tun (1922-1976), Perdana Menteri Malaysia  yang kedua (1970-1976) dan digelar Bapa Pembangunan Malaysia. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ABDUL RAZAK HAMIDABDUL RAZAK HAMID (1925-    ), pendidik bahasa Melayu. Dia lahir di Kampung Baru, Pulau Pinang dan belajar di Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang hingga Darjah Lima. BAHASAKonsep
YAYASAN TUN ABDUL RAZAKYAYASAN TUN ABDUL RAZAK, yayasan kebangsaan yang ditubuhkan bagi meneruskan wawasan Tun Abdul Razak semasa hayatnya.  Antara hasrat terutamanya ialah membasmi kemiskinan di kalangan semua rakyat jelata, terutama di luar bandar. Setelah pemergiannya para sahabat merasakan bahawa salah satu usaha untuk menyambung dan melanjutkan perjuangannya adalah dengan menubuhkan yayasan yang akan mendukung wawasannya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ABDUL LATIFF ABDUL RAZAKABDUL LATIFF ABDUL RAZAK (1889-1956), ahli perubatan dan merupakan anak Melayu yang pertama mendapat kelulusan doktor perubatan.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KURSI TUN ABDUL RAZAK

KERUSI TUN ABDUL RAZAK, pembiayaan untuk Pengajian Asia Tenggara di Pusat Pengajian Antarabangsa, University of Ohio oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1980. Kerusi ini didedikasikan kepada Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama dan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kerusi ini ditubuhkan bagi meneruskan semangat dan usaha yang telah dibina oleh­nya bagi manfaat manusia sejagat. Kerusi ini ditaja dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan beberapa buah firma Amerika yang beroperasi di Malaysia. Uni­versity of Ohio pula memberi keperluan asas yang lain bagi membiayai seorang sarjana Malaysia untuk bertugas di universiti tersebut.

BAHASAAnugerah/Hadiah
SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK,  sekolah menegah berasrama penuh untuk anak-anak Melayu.  Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Melayu.  Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Melayu.  Penubuhan sekolah ini adalah hasil daripada Dasar Pelajaran kebangsaan (Laporan Razak), iaitu satu jawatankuasa yang mengkaji dasar pelajaran kebangsaan yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
LAPORAN RAZAK

LAPORAN RAZAK, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956 tentang pendidikan. Laporan ini dihasilkan pada bulan April 1956 oleh satu Jawatankuasa Pendidikan yang ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran. Antara tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan termasuklah untuk meneliti semula dasar kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tentang pendidikan pelajaran dan mencadangkan beberapa perubahan yang sesuai dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat Tanah Melayu dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
1234

Kembali ke atas