| READING | Reading (pend. 213 474) ialah bandar dan kawasan kerajaan tempatan di Selatan England. Reading ini terletak di tebing Sungai Kennet berdekatan persimpangan dengan Sungai Thames. Perkampungan berhampirannya, termasuklah Mapledurham, tapak kawasan rumah jagaan polis Tudor. | UMUM | |
| SOANE, SIR JOHN | Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang dilantik sebagai arkitek Bank of England pada tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia membina semula hampir keseluruhan bangunan tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga membina Dulwich College Picture Gallery di London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St. John di Bethnal Green, Trinity Church di Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane lahir di Whitchurch, berhampiran Reading, Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn Fields kepada Kerajaan British yang dikenali sebagai Muzium Sir John Soane. | UMUM | |
| RASHDAN BABA, TAN SRI | RASHDAN BABA, Tan Sri (1935 - ), pentadbir akademik dan tokoh korporat. Dia lahir pada 31 Oktober 1935 di Rembau, Negeri Sembilan. Nama penuhnya ilaah Mohd. Rashdan bin Baba. Dia mendapat pendidikan awal di Negeri Sembilan. Dia memperoleh diploma dari Kolej Pertanian Serdang, Selangor dan ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Reading, United Kingdom. Pada tahun 1964, dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari University of Leeds, United Kingdom. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR | SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR (1948- ), pelukis. Dia lahir di Alor Setar, Kedah. Nama penuhnya ialah Sharifah Fatimah Sayed Zubir Barakbah. Dia mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya, kemudian melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967, dengan mengikut kursus seni lukis. Pada tahun 1967, dia menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah di Reading University, England, dalam jurusan seni halus. Dia meneruskan pengajiannya ke peringkat sarjana dengan hadiah biasiswa John D. Rockefeller III fund Fellowship di Pratt Institute, New York dan memperoleh ijazah sarjana dalam bidang seni halus pada tahun 1978. | BUDAYA | Tokoh |
| RUSTAM A. SANI | RUSTAM A. SANI (1944 - ), penulis, penterjemah dan penyair. Dia lahir pada 11 Ogos 1944 di Ipoh, Perak. Bapanya ialah Haji Abdullah Sani bin Raja Kecil atau lebih dikenal dengan nama Ahmad Boestamam. Rustam menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Behrang Ulu, Tanjung Malim (1951 – 1955), Methodist English School, Tanjung Malim (1956 – 1963) dan Victoria Institution, Kuala Lumpur (1963 – 1964). Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1970). Selepas itu, dia melanjutkan pengajian Ijazah Lanjutan bagi mendapatkan Diploma Sosiologi di University Reading, United Kingdom (1973). Pada tahun 1975, Rustam menerima Ijazah Sarjana dalam Pengajian Asia Tenggara di University of Kent, England. | SASTERA | Tokoh |