Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bu.tan] | ربوتن

Definisi : 1. sesuatu yg direbutkan (di­perebut­kan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bu.tan] | ربوتن

Definisi : apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebutan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG REBUTAN TAKHTA AUSTRIA

Perang Rebutan Takhta Austria lihat

Perang rebut takhta.

UMUM 
DATO' BAHAMAN

DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang.

   

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KUALA KURAU

KUALA KURAU, kawasan yang terletak di utara Perak dan namanya mula disebut pada awal abad ke-18. Kuala Kurau terletak di kawasan yang berdekatan dengan daerah Dinding yang sangat kaya dengan bijih timah dan dikatakan Kuala Kurau sebagai tempat untuk menyeludup bijih timah kepada saudagar asing. Oleh itu, Kuala Kurau sentiasa menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan pembesar Perak, tetapi juga di kalangan keluarga diraja Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas