| ERIC THE RED | Eric the Red (950?–1000?) ialah penjelajah Viking yang menjajah Greenland. Nama sebenarnya ialah Eric Thorvaldson, tetapi digelar Eric the Red kerana rambutnya merah. | UMUM | |
| SUNGAI MISSOURI | Sungai Missouri ialah sungai terpanjang di Amerika Syarikat. Sungai ini mengalir 4090 kilometer dari puncaknya di Red Rock Creek di barat daya Montana hingga ke muara Sungai Mississippi. Sungai Missouri mengairi kawasan seluas kira-kira 1 371 100 kilometer persegi. Lembangan saliran ini meliputi keseluruhan atau sebahagian daripada 10 negeri di Amerika Syarikat dan dua provinsi di Kanada. Sungai ini adalah berlumpur. Penjelajah awal dan Orang Asli Amerika menamakannya Big Muddy dan peladang menyifatkannya sebagai “terlalu tebal untuk diminum dan terlalu nipis untuk dibajak”. Sungai Missouri diberi nama sempena nama Orang Asli Missouri, salah satu puak yang tinggal berhampiran dengan muara sungai ini. | UMUM | |
| SLIEVE BLOOM | Slieve Bloom ialah banjaran pergunungan di Ireland. Banjaran ini terletak di barat laut provinsi Leinster. Sempadan daerah Laois dan Offaly terletak di sepanjang rabung pergunungan ini. Slieve Bloom terdiri terutamanya daripada batu pasir Old Red. Puncak tertinggi, Arderin, terletak 528 meter di atas aras laut. | UMUM | |
| GRES | GRES,red"> kumpulan 17 cerpenred"> karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini, cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif. | SASTERA | Karya |
| ANDREYEV, LEONID | Andreyev, Leonid (1817–1919), penulis puisi dan penulis drama Rusia. Andreyev mencipta mood pesimisme dan kekecewaan yang ekstrem dalam kebanyakan karyanya. Beberapa penulisannya berkisar tentang tema kesunyian dan penderitaan manusia. Cerpennya yang paling terkenal, “The Red Laugh” (1904) menerokai kedahsyatan dan keganasan peperangan. Novel pendek “The Seven That Were Hanged” (1908) meneliti perasaan lima orang revolusioner dan dua orang pembunuh yang sedang menanti saat kematian mereka. Drama Andreyev yang paling popular ialah The Life of Man (1906) dan He Who Gets Slapped (1915). Leonid Nikolayevich Andreyev lahir di Orel. | UMUM | |
| STENDHAL | Stendhal (1783–1842) ialah nama pena bagi Marie Henri Beyle, salah seorang tokoh utama dalam sejarah novel psikologi Perancis. Stendhal lahir di Grenoble, Perancis. Dia menyertai Perang Napoleon dan Napoleon I menjadi wiranya yang hebat. Julien Sorel, wira dalam karya terbaik Stendhal, The Red and the Black (1830), menjalani hidup penuh dengan aksi hebat dan bercita-cita besar seperti Napoleon. Novel lain Stendhal yang terkenal The Charterhouse of Parma (1839), bermula dengan kekalahan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo, dan seterusnya mengisahkan komplot politik di Itali. | UMUM | |
| CHEROKEE | Cherokee ialah puak Red Indian yang terbesar di Amerika Syarikat. Mereka mendiami kawasan pergunungan di bahagian barat Carolina, utara Georgia dan timur Tennesse. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
| PERRAULT, CHARLES | Perrault, Charles (1628–1703), penulis Perancis, dikenali ramai kerana buku cerita dongeng yang dikumpulkannya, iaitu Tales of Mother Goose . Kumpulan cerita dongeng ini yang diterbitkan di bawah nama anak lelakinya pada tahun 1697 termasuklah “ Sleeping Beauty ”, “ Little Red Riding Hood ”, “ Bluebeard ”, “ Puss in Boots” , “ Cinderella ”, dan “ Tom Thumb ”. Lihat Mother Goose. | UMUM | |
| SUNGAI MACKENZIE | Sungai Mackenzie, di Wilayah Timur Laut, ialah sungai terpanjang di Kanada. Sungai ini mengalir ke utara dan barat sejauh kira-kira 1700 kilometer dari Tasik Great Slave menuju ke Laut Beaufort. Kebanyakan bahagian sungai ini melebihi 1.5 kilometer lebar. Kira-kira 1500 meter padu air mengalir ke muaranya pada setiap saat. Air yang mengalir masuk ke Sungai Mackenzie berpunca dari anak sungai, termasuklah Sungai Liard, Sungai Great Bear, Sungai Red Artik dan Sungai Peel. Air juga masuk dari Tasik Great Slave melalui Sungai Slave yang mengumpul air dari Sungai Peace dan Sungai Athabasca. Sungai Mackenzie mengambil sempena nama pengembara Kanada, Sir Alexander Mackenzie. | UMUM | |
| ISMAIL AL-FARUQI | Ismail al-Faruqi, (1921–1986),red"> ilmuwan Islam. | AGAMA | Tokoh |