Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.dak.si] | ريدکسي

Definisi : (rédaksi) 1. sidang pengarang (pd per­surat­­khabaran, majalah, dll): ~ majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat; cerpen terus sampai ke meja ~ setiap hari; 2. gaya penyusunan kata dan ayat dlm se­suatu pengumuman (undang-undang dll): ~ resolusi itu masih harus dibaiki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.dak.si] | ريدکسي

Definisi : /rédaksi/ seluruh pengarang se­suatu majalah, surat khabar dll; sidang pengarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
redaksi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan sidang pengarang, sidang editor, lidah pengarang.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SASTERAWAN

SASTERA, majalah bulanan.  Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Mei 1961 di Jakarta, Indonesia oleh PT Interpress dan dicetak oleh Percetakan Negara.  Sastera memperoleh dana daripada Sudjati S.A. Sastera diterbitkan hasil usaha H.B. Jassin dan beberapa orang penyelenggara Kisah.  H.B. Jassin dilantik sebagai ketua redaksi, D.S. Moeljanto sebagai penyelenggara redaksi dan M. Balfas sebagai Sekretaris redaksi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKitab
SASTRA

 

SASTRA, majalah bulanan.  Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Mei 1961 di Jakarta, Indonesia oleh PT Interpress dan dicetak oleh Percetakan Negara.  Sastera memperoleh dana daripada Sudjati S.A. Sastera diterbitkan hasil usaha H.B. Jassin dan beberapa orang penyelenggara Kisah.  H.B. Jassin dilantik sebagai ketua redaksi, D.S. Moeljanto sebagai penyelenggara redaksi dan M. Balfas sebagai sekretaris redaksi.

SASTERAPenerbitan
PANDJI PUSTAKA

PANDJI PUSTAKA, majalah kebudayaan yang terbit pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Ia diterbitkan oleh Komumin Toshokyoku (Balai Pustaka), Jakarta pada tahun 1942.  Pandji Pustaka mengandungi 32 halaman.  Alamat redaksi dan pentadbiran yang terakhir adalah di Jalan Pancar, Jakarta.  Majalah ini dipimpin oleh K. Sutan Pamoentjak (Pemimpin Umum) dan Armijn Pane (Pemimpin Redaksi), manakala redaktur budayanya ialah Sutan Takdir Alisyahbana dan H.B. Jassin.

SASTERAPenerbitan
TITIE SAIDTITIE SAID (1935 -       ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 11 Julai 1935 di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Titie Raya Said Sadikun. Dia adalah pelajar arkeologi di Universitas dan mendapat ijazah Sarjana Muda pada tahun 1959. dia pernah menjadi sidang redaksi beberapa terbitan berkala seperti Wanita, Hidup dan Kartini dan pada tahun 1980, dia memimpin pula majalah Famili. Dia turut menjadi anggota DPRD Tingkat I Propinsi Bali setelah mengikut suaminya bertugas di sanaSASTERATokoh
SIASAT

SIASAT, majalah politik dan kebudayaan.  Majalah ini diterbitkan oleh perusahaan Siasat dan dicetak oleh Percetakan Pemandangan.  Majalah ini diasaskan oleh Rosihan Anwar dan Sudjatmoko pada 4 Januari 1947.  Alamat redaksi ialah Jalan Pintu Air, No. 23, Jakarta, Indonesia.

SASTERAPenerbitan
MEKAR DAN SEGAR

MEKAR DAN SEGAR, antologi cerpen yang memuatkan hasil karya pengarang Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang digolongkan sebagai penulis angkatan baru.  Antologi ini diterbitkan oleh Oxford University Press (OUP), Kuala Lumpur pada tahun 1959 dan diulang cetak pada tahun 1960.  Dalam cetakan kedua, terdapat sedikit tambahan dengan melampirkan catatan biodata setiap pengarang.  Antologi ini dicetak oleh Craftman Press Ltd. Singapura, manakala kerja-kerja mengumpul dan menulis kata pengenalan dilakukan oleh Asraf, yang ketika itu bertugas sebagai ketua redaksi di OUP.

SASTERAKarya
PAMUSUK ENESTE

PAMUSUK ENESTE (1951-   ), penulis Indonesia.  Dia lahir di Padang Matinggi, Sumatera Utara, Indonesia.  'Eneste' sebenarnya ialah 'Nst' iaitu singkatan bagi Nasution, satu marga di daerah Tapanuli, Sumatera Utara.  Pamusuk mengikuti kursus dalam Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta pada tahun 1977.  Di Universitas Indonesia, dia pernah menjadi pemimpin redaksi majalah kampus, Tifa Sastra (1972-1978).  Dia juga menjadi pengarang budaya akhbar kampus, Salemba (1976-1978).

SASTERATokoh

Kembali ke atas