| FELCRA | FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA) | Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan berkanun yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority. | UMUM | Umum |
| ANN ABDUL MAJID | ANN ABDUL MAJID, Datin (1928 - ), tokoh kebajikan masyarakat. Dia lahir pada 20 Mac 1928 di Kuala Lumpur. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Baru pada tahun 1934 dan kemudian dia meneruskan persekolahan di Sekolah Convent Kuala Lumpur pada tahun 1938. Dia melanjutkan pengajian di London School of Economics dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan mendapat Diploma of Social Sciences. Dia juga mendapat Diploma in Administratration of Rehabilitation Services, Toronto, Kanada. | BUDAYA | Konsep |