REKAHAN | Rekahan lihat Mineral; Permata. | UMUM | |
LELANGIT REKAH | Lelangit rekah ialah kecacatan semasa lahir, apabila terdapat rekahan pada lelangit mulut. | UMUM | Konsep |
DEMPUL | Dempul ialah bahan pengisi yang lembut apabila digunakan, tetapi mengeras dengan perlahan. Ia digunakan untuk mengisi lubang buku kayu, rekahan, dan kecacatan lain pada permukaan kayu sebelum permukaan itu dicat. | UMUM | |
NUTHATCH | Nuthatch ialah sejenis burung memanjat. Terdapat 21 jenis spesies yang berbeza. Burung ini terdapat di Amerika Utara, Eropah, Afrika Utara, Asia, dan Australia. Nuthatch mendapat namanya daripada tabiatnya menyumbat kekeras ke dalam rekahan kulit pokok dan kemudian memecahkannya dengan mematuknya berulang kali. | UMUM | |
SUNGAI BRISBANE | Sungai Brisbane bermula di bukit dan banjaran kira-kira 100 kilometer di barat laut bandar Brisbane, Australia. Cawangannya yang utama ialah Sungai Stanley, Lockyer Creek, Warrill Creek, dan Sungai Bremer. Sungai Brisbane mengalir ke selatan melalui lembah rekahan Esk ke Teluk Moreton. Panjang sungai ini ialah kira-kira 320 kilometer. | UMUM | |
PYRAMUS DAN THISBE | Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap melalui rekahan dinding di antara rumah mereka. | UMUM | |
BASALT | Basalt, sejenis batuan gunung berapi yang keras, berwarna gelap serta berbutiran halus. Batuan ini ialah lava yang mengalir keluar ke muka bumi daripada perut gunung berapi atau melalui rekahan di muka bumi, dan memejal. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
TIKUS KESTURI | Tikus kesturi ialah haiwan kecil yang kelihatan seperti cencorot berhidung runcing. Sesetengah tikus kesturi adalah antara mamalia terkecil yang diketahui. Tikus kesturi yang paling kecil beratnya hanya dua gram. Tikus kesturi hidup di kedua-dua Hemisfera Timur dan Hemisfera Barat. Ia membuat sarang di ladang hutan jarang, taman, dan paya. Tikus kesturi sering disalah anggap sebagai cencorot kerana saiznya yang kecil. Tikus kesturi mempunyai muncung yang panjang, dan runcing yang boleh digerakkan untuk meneroka lubang kecil dan rekahan untuk mencari makanan. Mata dan telinganya adalah kecil, dan badannya diliputi bulu yang pendek, berwarna gelap. | UMUM | |