Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.kod] | ريکود

Definisi : (rékod) II piring hitam: ~-~ lagu Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.kod] | ريکود

Definisi : (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ men­capai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan doku­men lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catat­an orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik; merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; ~ pergerakan kapal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.kod] | ريکود

Definisi : /rékod/ 1 hasil yg terbaik (tercepat, tertinggi dsb) dlm per­tandingan olahraga: hasil yg terbaik dlm pendapatan: Dia berjaya mencipta ~ baru dlm acara lari 400 meter. memegang ~ mencapai hasil yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi hasil terbaik yg pernah dicapai. 2 catatan yg dibuat utk diingat; keterangan yg sudah dicatat: ~ pelajaran catatan mengenai pelajaran. 3 butir-butir latar belakang seseorang: Ia mempunyai ~ yg baik. merekodkan memasukkan ke dlm rekod; mencatat: ~ hasil kerja. perekodan perbuatan atau hal merekodkan: ~ yg dilakukan dpt membantu para pengkaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ré.kod] | ريکود

Definisi : /rékod/ piring hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekod
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :catat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIRIE, GORDON

Pirie, Gordon (1931– ) ialah salah seorang atlet

terkemuka Britain pada tahun 1950-an. Dia banyak

memecahkan rekod larian, termasuk empat rekod

dunia tetapi lariannya dalam kejohanan bertaraf

dunia selalu mengecewakan.

UMUM 
ABRAHAMS, HAROLD MAURICE

Abrahams, Harold Maurice (1899–1978),

memegang rekod lompat jauh tempatan Inggeris

selama 32 tahun dengan lompatannya sejauh 7.378

meter, yang dibuat pada tahun 1924. Sebulan

kemudian, dia memenangi perlumbaan larian 100

meter di Paris, dalam masa yang menyamai rekod

10.6 saat. Abrahams lahir di Bedford dan menuntut

di Cambridge University. Pada tahun 1924, dia

memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai

penyiar, wartawan, ahli statistik, dan kemudian

pentadbir atletik.

UMUM 
OVETT, STEVE

Ovett, Steve (1955– ) ialah salah seorang atlet

olahraga Britain yang terkenal. Dia menjadi

masyhur kerana berjaya memecahkan rekod dalam

persaingan dengan atlet British, Sebastian Coe.

Dalam Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Ovett

memenangi pingat emas dalam acara lari 800

meter dan pingat gangsa dalam acara lari 1500

meter. Pada tahun yang sama, Ovett mencatatkan

rekod dunia dalam larian satu batu di Oslo,

Norway, dan bagi larian 1500 meter di Koblenz,

Jerman Barat. Pada tahun 1983, dia mencatatkan

satu lagi rekod dunia bagi acara 1500 meter.

UMUM 
NEKROLOGI

Nekrologi ialah rekod kematian, terutamanya

yang disimpan oleh gereja. Biasanya ia

menunjukkan hari, bulan, dan tahun kematian.

Nekrologi juga merupakan senarai nama orang

yang meninggal dunia dalam masa tertentu. Ia juga

merupakan notis obituari.

UMUM 
PERAKAUNAN

Perakaunan ialah penyediaan dan analisis rekod

kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau

organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran

maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk

perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya

dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau

jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik.

UMUM 
STATISTIK PENTING

Statistik penting ialah satu rekod peristiwa

paling asas bagi manusia, termasuklah butiran

kelahiran, perkahwinan, perceraian, penyakit, dan

kematian. Statistik penting bagi menunjukkan

perubahan yang berlaku pada penduduk sesebuah

negara, negeri, atau provinsi atau masyarakat

setempat.

UMUM 
SEGRAVE, SIR HENRY

Segrave, Sir Henry (1896–1930) ialah wira

British dalam zaman awal perlumbaan motor. Dia

telah memecahkan rekod dunia kelajuan di darat

sebanyak tiga kali – pada tahun 1926, 1927, dan

1929. Dia mencapai kelajuan 231 batu (372

kilometer) sejam pada tahun 1929. Segrave

terbunuh semasa cuba memecahkan rekod dunia

kelajuan di atas air kepada 98.76 batu (158.94

kilometer) sejam. Trofi Segrave, diberi kepada

orang British yang menunjukkan potensi

pengangkutan melalui darat, udara, atau air, yang

paling baik, telah dinamakan sempena namanya.

Segrave lahir di Edmonton.

UMUM 
WOODS, TIGERPemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006.SUKANTokoh
ROTH, MARK

Roth, Mark (1951– ) ialah orang Amerika yang

menjadi pemenang hadiah wang utama sepanjang

masa dalam pertandingan boling profesional pada

tahun 1987. Roth juga memegang beberapa rekod

profesional lain dalam sukan boling. Dia membuat

pencapaian purata yang tertinggi di kalangan

pemain boling profesional sebanyak lima kali pada

tahun 1976, 1977, 1978, 1979, dan 1981. Purata

pencapaian yang dibuat sebanyak 221.662 pada

tahun 1979 telah mencipta satu rekod baru.

UMUM 
NISBAH JANTINA

Nisbah jantina ialah perkadaran lelaki kepada

perempuan dalam sesuatu jumlah penduduk. Kajian

tentang rekod kelahiran bagi manusia dan haiwan

lain menunjukkan bahawa banyak spesies

mempunyai lebih banyak individu daripada satu

jantina berbanding jantina yang lain. Misalnya, di

kalangan manusia, 103 hingga 107 bayi lelaki

dilahirkan bagi setiap 100 bayi perempuan.

Bagaimanapun dalam jumlah penduduk dewasa,

kaum wanita adalah lebih ramai kerana pada

puratanya, kaum wanita hidup lebih lama. Kuda

melahirkan kira-kira 98 ekor anak kuda jantan bagi

setiap 100 ekor anak kuda betina. Ayam pula

mempunyai nisbah 95 ekor ayam jantan bagi setiap

100 ekor ayam betina.

UMUM 
1234

Kembali ke atas