| SEGRAVE, SIR HENRY | Segrave, Sir Henry (1896–1930) ialah wira British dalam zaman awal perlumbaan motor. Dia telah memecahkan rekod dunia kelajuan di darat sebanyak tiga kali – pada tahun 1926, 1927, dan 1929. Dia mencapai kelajuan 231 batu (372 kilometer) sejam pada tahun 1929. Segrave terbunuh semasa cuba memecahkan rekod dunia kelajuan di atas air kepada 98.76 batu (158.94 kilometer) sejam. Trofi Segrave, diberi kepada orang British yang menunjukkan potensi pengangkutan melalui darat, udara, atau air, yang paling baik, telah dinamakan sempena namanya. Segrave lahir di Edmonton. | UMUM | |
| SNELL, PETER | Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962, dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela (1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3 saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara 800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake, di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada bidang olahraga pada tahun 1965. | UMUM | |
| NURMI, PAAVI JOHANNES | Nurmi, Paavi Johannes (1897–1973) ialah pelari Finland yang memenangi sembilan pingat emas Olimpik dan mencatatkan 29 rekod dunia bagi lebih daripada 16 larian jarak jauh secara berasingan. | UMUM | |
| OH, SADAHARU | Oh, Sadaharu (1940– ), menjadi pemain besbol Jepun yang terkenal. Dia merupakan pemukul bola yang cemerlang, yang telah membuat skor 868 larian dalam kerjayanya ketika menyertai liga Jepun. Ia merupakan rekod dunia, lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh Henry “Hank” Aaron dari Amerika. Sadaharu Oh lahir di Jepun, walaupun ibu bapanya berketurunan Cina. Selepas tamat sekolah tinggi di Waseda, dia menjadi pemain besbol profesional. Kerjayanya dalam liga utama bermula pada tahun 1959 setelah dia menganggotai Yomiuri. Dia bersara pada tahun 1980 dan kemudian dilantik sebagai pengurus Tokyo Giants. | UMUM | |
| OVETT, STEVE | Ovett, Steve (1955– ) ialah salah seorang atlet olahraga Britain yang terkenal. Dia menjadi masyhur kerana berjaya memecahkan rekod dalam persaingan dengan atlet British, Sebastian Coe. Dalam Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Ovett memenangi pingat emas dalam acara lari 800 meter dan pingat gangsa dalam acara lari 1500 meter. Pada tahun yang sama, Ovett mencatatkan rekod dunia dalam larian satu batu di Oslo, Norway, dan bagi larian 1500 meter di Koblenz, Jerman Barat. Pada tahun 1983, dia mencatatkan satu lagi rekod dunia bagi acara 1500 meter. | UMUM | |
| THOMPSON, DALEY | Thompson, Daley (1958– ), salah seorang ahli sukan British yang menonjol dalam semua bidang. Dalam Sukan Olimpik 1980 dan 1984 Thompson memenangi pingat emas dalam acara dekatlon , iaitu pertandingan dua hari yang teruk yang terdiri daripada 10 acara olahraga yang berlainan. Thompson memecahkan rekod dunia dengan memperoleh markah tertinggi dalam acara dekatlon sebanyak tiga kali. Dia juga memenangi pingat emas bagi acara dekatlon di Kejohanan Dunia 1983, Kejohanan Eropah 1982, dan Sukan Komanwel 1978, dan 1982. Francis Daley Thompson lahir di London. | UMUM | |
| PIRIE, GORDON | Pirie, Gordon (1931– ) ialah salah seorang atlet terkemuka Britain pada tahun 1950-an. Dia banyak memecahkan rekod larian, termasuk empat rekod dunia tetapi lariannya dalam kejohanan bertaraf dunia selalu mengecewakan. | UMUM | |
| WOODS, TIGER | Pemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006. | SUKAN | Tokoh |
| ARMSTRONG, DUNCAN | Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang warga Australia yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia juga memenangi pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400 meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia. Armstrong lahir di Brisbane. | UMUM | |
| NEKROLOGI | Nekrologi ialah rekod kematian, terutamanya yang disimpan oleh gereja. Biasanya ia menunjukkan hari, bulan, dan tahun kematian. Nekrologi juga merupakan senarai nama orang yang meninggal dunia dalam masa tertentu. Ia juga merupakan notis obituari. | UMUM | |