Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.kréa.si] | ريکرياسي

Definisi : (rékréasi) kegiatan yg menye­ronok­kan yg boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, spt ber­istirahat dan menghiburkan hati, riadah; berekreasi beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan badan dan akal fikir­an): rombongan memburu yg ~ sambil men­jalankan tugas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rekreasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :riadah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM 
KENDERAAN REKREASI UMUM 
MEMANCING

Memancing merupakan salah satu bentuk

rekreasi yang paling popular. Setiap orang pada

semua peringkat umur suka memancing di anak

sungai, sungai, tasik, teluk, dan laut. Ikan yang

dipancing pula terdiri daripada pelbagai spesies

(jenis) ikan.

UMUM 
TERJUNSukanSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
TOMOISukanSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SUKMASukan MalaysiaSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SUKAN SEASukanSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
RENANGSukan airSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SUMOSejenis gusti JepunSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PERMAINAN KASUT RODA

Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan

dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan

menggunakan kasut roda . Sesetengah orang

meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman,

sementara yang lainnya meluncur di gelanggang

luncur dalam bangunan bersama iringan muzik.

Ramai juga yang mengambil bahagian dalam

pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin,

pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik

Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada

tahun 1760.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas