Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.la.tif] | ريلاتيف

Definisi : (rélatif) bkn sesuatu yg berdasarkan perbandingan atau saling berkait dgn sesuatu yg lain, tidak mutlak, nisbi, bandingan: se­benarnya kesopanan itu satu konsep ~; kini usia kemerdekaan telah memberikan pe­ngalaman kehidupan yg secara ~ boleh di­katakan memadai sehingga pd satu pering­kat; kerelatifan perihal (keadaan dsb) relatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la.tif] | ريلاتيف

Definisi : /rélatif/ secara perbandingan: kekerapan ~ kekerapan sesuatu (kejadian dll) berbanding dgn jumlah keseluruhannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata relatif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTORITARIANISME

Autoritarianisme ialah sebarang bentuk kerajaan

yang secara relatif hanya diperintah oleh beberapa

orang sahaja, dan penduduk berperanan kecil dalam

membuat keputusan. Negara autoritarian boleh

menyekat, mengehadkan dengan kekerasan atau

memanipulasi pilihan raya untuk disesuaikan dengan

kehendak pihak berkuasa. Mereka boleh

mengehadkan kuasa perundangan yang mewakili

orang ramai, seperti parlimen atau kongres, dan

mengehadkan kebebasan individu.

UMUM 
APOSISI

Aposisi meluaskan makna kata atau frasa di

sebelahnya. Kebanyakan unit aposisi boleh

dianggap sebagai klausa tidak terbatas berserta kata

ganti relatif dan kata kerja yang digugurkan. Unit

aposisi boleh dikelaskan sebagai kata nama, adjektif

dan adverba. “Abraham Lincoln , (who was) the 16th

President of the United States, was assassinated”

aposisi adalah kata nama. “The crowd, (which was)

axious to escape danger , began to panic” adalah

aposisi adjektif. “The man shouted loudly, (which

was) even frantically , to calm the crowd” adalah

aposisi adverba.

UMUM 
KESAN DOPPLER

Kesan Doppler ialah perubahan frekuensi

gelombang bunyi, cahaya atau radio yang

disebabkan oleh gerakan relatif sumber

gelombang dan pemerhatinya. Contohnya, pic

(frekuensi) wisel kereta api kelihatan lebih tinggi

semasa ia datang dan lebih rendah selepas lalu dan

mula beredar. Nada sebenar wisel kereta api itu

adalah tetap.

UMUM 
TAKAT EMBUN

Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam

udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada

lebih rendah daripada suhu udara atau sama

dengan suhu udara apabila kelembapan relatif

adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila

lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan

permukaan, disejukkan di bawah takat embun.

Penyejukan udara ini menghasilkan embun di

permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun

di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun

di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan,

atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan

terbentuk apabila banyak udara disejukkan di

bawah takat embun.

Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan.

UMUM 
ELEKTRODINAMIK

Elektrodinamik, teori berkenaan dengan interaksi antara zarah bercas dengan medan elektromagnet terutama sekali apabila halaju zarah adalah secara relatif sangat besar.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
SUSUT NILAI

Susut nilai ialah pengurangan nilai. Bangunan,

jentera, kenderaan dan harta-harta lain akan

susut nilai (nilai berkurangan) akibat penggunaan

ataupun kemalangan, kerana ia menjadi

bertambah usia, ataupun kerana adanya produk

baru yang lebih elok menggantikannya. Dalam

perakaunan, susut nilai dikira sebagai kos normal

yang berlaku dalam perniagaan. Istilah susut nilai

juga digunakan untuk menyatakan pengurangan

nilai atau kuasa beli yang disebabkan

peningkatan tahap harga domestik. Ini bererti

bahawa nilai mata wang sesebuah negara

menjadi lebih rendah secara relatif berbanding

dengan nilai mata wang negara-negara lain. Lihat

juga Pendapatan negara (Menentukan

pendapatan negara).

UMUM 

Kembali ke atas