ABDULLAH HAJI DAHAN | ABDULLAH HAJI DAHAN ( ? – 1939), Undang Rembau yang ke-18 (1922 – 1938). Dia lahir di Kampung Tanjung dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota, Rembau dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SAYID SHAABAN | SAYID SHAABAN ( ? -1871), Yamtuan Muda Rembau (1832-1836). Di lahir di Rembau, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Sayid Shaaban bin Sayid Ibrahim. Ayahnya seorang guru agama dan ibunya berketurunan Melayu, berasal dari Melaka. Tidak diketahui tentang riwayat hidup Sayid Shaaban sebelum tahun 1830-an. Dia mula terkenal setelah berkahwin dengan puteri Raja Ali Raja Aman, Yamtuan Muda Rembau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDULLAH SANGGORA | ABDULLAH SANGGORA (1921-1998), nasionalis dan budayawan. Dia lahir pada 6 Mei 1921 di Rembau, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdullah Haji Kassim | BUDAYA | Konsep |
ABDUL RAHMAN KAEH | ABDUL RAHMAN KAEH (1938- ), pengkaji kesusasteraan tradisional. Dia lahir pada 20 April !938 di Rembau, Negeri Sembilan. | SASTERA | Konsep |
TUMBUK KALANG | TUMBUK KALANG, permainan rakyat di Negeri Sembilan, khususnya di Tampin, Inas, Seri Menanti, Gunung Pasir, dan Rembau. Permainan ini dimainkan oleh masyarakat petani ketika mengemping padi. Alat muzik yang mengiringi persembahan tumbuk kalang ialah sebuah lesung dan beberapa batang antan. Biasanya lesung dan antan ini diperbuat daripada kayu merbau atau halban kerana kayunya keras serta bunyinya lantang. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
RASHDAN BABA, TAN SRI | RASHDAN BABA, Tan Sri (1935 - ), pentadbir akademik dan tokoh korporat. Dia lahir pada 31 Oktober 1935 di Rembau, Negeri Sembilan. Nama penuhnya ilaah Mohd. Rashdan bin Baba. Dia mendapat pendidikan awal di Negeri Sembilan. Dia memperoleh diploma dari Kolej Pertanian Serdang, Selangor dan ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Reading, United Kingdom. Pada tahun 1964, dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari University of Leeds, United Kingdom. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA IBRAHIM | RAJA IBRAHIM ( ? - 1678), ketua orang Minangkabau di Rembau dan Sungai Ujong serta Naning (1677-1678). Raja Ibrahim adalah seorang imam dan menetap di Aceh, Sumatera, Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHMAD MAHMUD, DATUK | Ahmad Mahmud, Datuk (1926-2008), pelakon, pengarah dan penerbit filem. Ahmad Mahmud yang juga dikenali sebagai Ahmad Mahmood, lahir pada 3 Januari 1927 di Rembau, Negeri Sembilan. | KESENIAN | Tokoh |
PENAJIS | PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830. Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau. Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut . Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh. Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh Datuk Najuh. Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LUAK | LUAK, wilayah tanah jajahan atau daerah tradisi di Negeri Sembilan yang diketuai oleh seorang undang di Negeri Sembilan. Terdapat empat luak utama iaitu Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Jelebu dan Luak Johol. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |