Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ngas] | رڠس

Definisi : 1. = ~ api sj tumbuhan (pokok), kembal benang, pokok laga, Melanochyla tomentosa; 2. = ~ ayam sj tumbuhan (pokok), Gluta elegan; 3. = ~ air = ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Gluta renghas; 4. = ~ air sj tumbuhan (pokok), Gluta velutina; 5. = ~ kerbau jantan sj tumbuhan (pokok), Gluta wrangi; 6. = ~ manuk = ~ air = ~ paya sj tumbuhan (pokok) sumpah biawak, Mela­norrhoea wallichii; ~ ayam = ~ pasir sj tumbuhan (pokok), pauh hutan, Buchanania sessilifolia; ~ lanjut sj tumbuhan (pokok), Buchanania lucida; minyak ~ varnis (diperoleh drpd pokok rengas); merengas memvarnis, menggilapkan (dgn varnis). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ngas] | رڠس

Definisi : ; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd kacang hijau (yg telah dimasak, dikepal, dicelup tepung, dan digoreng), kuih kasturi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ngas] | رڠس

Definisi : nama sj pokok yg kayunya keras dan bergetah, Melanochyla tomentosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[re.ngas] | رڠس

Definisi : ; kuih ~ kuih yg dibuat drpd kacang hijau, tepung dll dan digoreng; kuih kesturi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rengas

Puisi
 

Sayang Sarawak muaranya sempit,
     Buah rengas lagi berbunga;
Hendak dibawa perahu sempit,
     Tinggal nama hati memuja.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jangan bersandar di batang rengas.

Bermaksud :

Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL SAMAD NOHABDUL SAMAD NOH (1917-1984), ulama dan ahli politik. Dia lahir di Padang Rengas, perak. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MADRASAH AL-DINNIYAH

MADRASAH AL-DINNIYAH, madrasah untuk pelajar perempuan dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Madrasah ini terletak di Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak. Madrasah yang didirikan oleh Syekh Junid Tola pada tahun 1935 ini merupakan cawangan Madrasah Yahyawiyah, yang khusus untuk pelajar lelaki.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
OTHMAN KALAM

OTHMAN KALAM (    ?   - 1955), wartawan. Tarikh lahirnya tidak diketahui. Dia lahir di Padang Rengas, Perak. Othman menerima pendidikan awal di Hogan English School, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah Tujuh. Kemudian Othman bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Madrasah al-Mashor, Pulau Pinang. Semasa berkhidmat di madrasah tersebut, dia mengambil kesempatan mempelajari bahasa Arab hingga akhirnya ditugaskan untuk mengajar bahasa Arab di madrasah yang sama. Teman-teman sejawatnya pada ketika itu termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Syed Alwi al-Hadi, Mohammad Yunus Abdul Hamid dan Zainal Abidin Haji Alias.

SASTERATokoh
MOKHTAR PETAH

 

MOKHTAR PETAH (1934-     ), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 3 Julai 1934 di Kampung Ngor, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah. Dia pernah memakai nama samaran M. Pathy, Shabab Asmara atau Noor Iskandar. Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sauk, Kuala Kangsar hingga Darjah Lima (1941-1945). Kemudian Mokhtar melanjutkan pelajaran ke sekolah agama rakyat, Sekolah Agama Nurul Anwar, Lenggong, Perak, Madrasah Ihlaa, Padang Rengas, Perak dan Madrasah Dairat al-Ma’arif al-Wataniyyah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pada tahun 1960-an, dia mengikuti kursus perguruan Islam di Maahad el-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak.

SASTERATokoh

Kembali ke atas