Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rén.té.tan] | رينتيتن

Definisi : 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia me­lengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rén.té.tan] | رينتيتن

Definisi : rangkaian beberapa benda yg dikaitkan; deretan: ~ peristiwa; ~ bunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentet
Kata Terbitan : rentetan, berentetan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALIRAN GELORASalah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar......Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
GANDINGAN ALIRAN TETIUBSalah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
BIT GERUDIAlat yang dipasang di hujung rentetan gerusi telaga minyak atau gas.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
LIGA ARAB

Liga Arab ialah sebuah pertubuhan Arab

antarabangsa yang dibentuk pada bulan Mac 1945,

rentetan daripada peristiwa Perjanjian Iskandariah

yang telah ditandatangani pada 20 Syawal 1363

H. bersamaan 7 Oktober 1944. Ia juga lanjutan

daripada persetujuan yang ditandatangani oleh

tujuh orang raja dan pemimpin Arab di Kaherah

pada 8 Rabiulakhir 1364 H. bersamaan 22 Mac 1945

M.

UMUM 
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA

ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas