REPUBLIK AFRIKA SELATAN | Negara paling selatan di benua Afrika. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
REPUBLIK DOMINICA | Republik Dominica ialah negara merdeka di Hindia Barat. Ia merupakan sebuah wilayah di Laut Caribbean. Republik ini meliputi kawasan seluas dua per tiga bahagian di timur Hispaniola, pulau kedua terbesar di kepulauan Antilles Besar. Pulau yang selebihnya dikuasai oleh Republik Haiti. | UMUM | |
REPUBLIK AFRIKA TENGAH | Republik Afrika Tengah ialah negara yang jarang penduduknya di tengah Afrika. Sebahagian besar Republik Afrika Tengah adalah dataran tinggi yang luas dan beralun dan diselang-seli oleh lembah sungai yang dalam. Rumput dan pokok yang tumbuh berselerak menutupi sebahagian besar negara ini. Hutan hujan yang tebal terdapat di barat daya, dan bahagian timur laut yang paling jauh adalah kering-kontang. Antelop, kerbau, gajah, gorila, singa, badak sumbu, dan haiwan liar lain hidup di Republik Afrika Tengah. | UMUM | |
TENTERA REPUBLIK IRELAND (IRA) | Tentera Republik Ireland (IRA) ialah pertubuhan ketenteraan yang berjuang untuk menyatukan Republik Ireland yang merdeka dengan Ireland Utara, yang merupakan sebahagian daripada United Kingdom (UK). | UMUM | |
REPUBLIK | Republik ialah sebarang bentuk kerajaan yang mempunyai seorang pemimpin atau beberapa pemimpin yang dilantik dalam tempoh pelantikan yang tertentu. Perkataan republik juga merujuk sesebuah negara yang mempunyai bentuk kerajaan yang dilantik. | UMUM | |
REPUBLIK ARAB BERSATU | Republik Arab Bersatu (U.A.R) ialah kesatuan dua buah negara Timur Tengah yang merdeka, iaitu Mesir dan Syria. Presiden Gamal Abdul Nasser dari Mesir dan Presiden Shukri al-Kuwatly dari Syria mengisytiharkan kesatuan ini pada 1 Februari 1958. Pemberontak Syria menamatkan kesatuan ini pada 29 September 1961, dengan menubuhkan kerajaan yang bebas bagi Syria. Mesir terus menggunakan nama Republik Arab Bersatu sehingga tahun 1971, apabila Mesir menukar nama rasminya kepada Republik Arab Mesir. Pada bulan April 1963, Mesir, Syria, dan Iraq bersetuju membentuk Republik Arab Bersatu yang baru. Tetapi, disebabkan perbezaan pendapat dan politik di kalangan negara tersebut, perjanjian ini tidak dapat dilaksanakan. | UMUM | |
REPUBLIK CZECH | Republik Czech ialah negara yang terletak di tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar dikenali Czechoslovakia. | UMUM | |
SERBIA | Serbia ialah salah satu daripada dua republik Yugoslavia, selain Montenegro. Pada tahun 1918, Serbia menjadi sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat dan Slovene, yang kemudiannya dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia menjadi sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada enam republik dan Serbia ialah republik yang terbesar antara kesemuanya. Pada tahun 1991 dan tahun 1992, empat daripada republik itu, iaitu Slovenia , Croatia, Macedonia, dan republik Bosnia- Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan April 1992, Serbia dan Montenegro membentuk sebuah Yugoslavia yang baharu dan lebih kecil. | UMUM | |
REPUBLIK ARAB MESIR, SEJARAH. | Republik Arab Mesir, Sejarah. Mesir ialah negara yang terletak di Timur Laut Afrika. Ia disempadani oleh Laut Merah di Timur, Laut Mediterranean di Utara, gurun Libya di Barat dan Sudan di Selatan. Sungai Nil merupakan nadi kehidupan di Mesir. | UMUM | |
KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET (K.R.S.S.) | Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.), juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet, ialah negara Komunis pertama dan paling kuat di dunia. Negara ini wujud dari tahun 1922 hingga tahun 1991. Pada tahun 1991, Parti Komunis hilang kuasa, dan Kesatuan Soviet berpecah menjadi beberapa buah negara merdeka. | UMUM | |