Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt menyelidiki: he is ~ing the effects of cigarette smoking, dia sedang menyelidiki kesan-kesan merokok. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi membuat penyelidikan: scientists are still ~ing into the treatment of cancer, ahli-ahli sains masih membuat penyelidikan ttg perawatan kanser; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n penyelidikan: scientific ~ on cancer, penyelidikan saintifik ttg kanser; he is engaged in ~ at the Institute, dia terlibat dlm penyelidikan di Institut itu; he is doing ~ into the Murut language, dia sedang membuat penyelidikan ttg bahasa Murut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata research


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINCLAIR, SIR CLIVE MARLES

Sinclair, Sir Clive Marles (1940– ) ialah

pengarah sebuah syarikat British, yang

memulakan pembangunan dan pembuatan

peralatan mikroelektronik. Melalui syarikatnya,

Sinclair Research, dia menjadi terkenal pada

tahun akhir 1970-an dan awal tahun 1980-an

kerana penghasilan komputer yang hebat dengan

harga yang rendah. Sinclair turut membangunkan

pelbagai barangan lain termasuk set televisyen

bercermin rata.

UMUM 
RRIM

RRIM, institut  penyelidikan getah asli yang terbesar di dunia. RRIM ialah singkatan Rubber Research Institute of Malaysia atau Institut Penyelidikan Getah Melaysia. RRIM ditubuhkan pada tahun 1925 dan terletak di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Ibu pejabat RRIM terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pusat penyelidikan RRIM pula terdapat di beberapa tempat seperti Sungai Buloh, Selangor; Kota Tinggi, Johor; dan Bukit Iban, Pahang. Pada peringkat negeri, RRIM menyediakan khidmat nasihat melalui pejabat penasihat di setiap negeri di Malaysia kecuali Sabah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PULAU MACQUIRE

Pulau Macquire terletak di bahagian selatan

Lautan Pasifik, kira-kira 1500 kilometer di tenggara

Tasmania. Pulau ini berukuran 34 kilometer

panjang dan hanya tiga kilometer lebar. Ia

mempunyai penara yang meninggi secara

mendadak sehingga 300 meter dari aras laut. Pada

tahun 1911, penjelajah kutub, Doughlas Mawsan

telah membina sebuah stesen Radio di pulau ini

untuk ekspedisi Antartiknya. Ekspedisi

Penyelidikan Antartik Nasional Australia (The

Australian National Antarctic Research Expedition

(ANARE) mengekalkan stesen yang telah dibina di

kawasan tersebut.

UMUM 
TING, SAMUEL CHAO CHUNG

Ting, Samuel Chao Chung (1936– ) ialah ahli

sains China kelahiran Amerika menerima anugerah

Hadiah Nobel bagi bidang fizik pada tahun 1976. Dia

berkongsi hadiah tersebut dengan Bruton Richter,

juga seorang ahli sains Amerika. Hadiah berkenaan

ialah kerana penemuan mereka tentang zarah

nuklear asas yang dikenali sebagai psi atau zarah J.

Ting, yang juga dikenali dengan nama Ding

Zhaozhong, lahir di Michigan, Amerika Syarikat.

Dia menghabiskan masa mudanya di tanah besar

China dan Taiwan. Pada tahun 1967, dia menjadi

profesor fizik di Massachusetts Institute of

Technology. Kemudian dia bekerja di European

Organization for Nuclear Research (CERN) di

Geneva , Switzerland dan di University of Columbia,

Amerika Syarikat.

UMUM 
MOKHTAR YASSIN

MOKHTAR YASSIN (1937-    ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 29 Mac 1937 di Sungai Rambai, Melaka. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum melanjutkan pelajaran di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim (1956) dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1959). Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera. Dia juga berkesempatan mengikuti Kursus Penilaian Sekolah di Australia Council for Educational Research, di Melbourne.

SASTERATokoh

Kembali ke atas