MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI | MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SWETTENHAM, FRANK | Residen Selangor (1882-1889). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SWETTENHAM, SIR FRANK | Swettenham, Sir Frank (1850–1946) ialah pentadbir British yang diakui sebagai “bapa dan pengasas Malaya moden”. Pada tahun 1874, dia telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat) negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya, kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun 1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah Melayu. Dia bersara pada tahun 1904. | UMUM | |
BIRCH J.W.W | Birch, J.W.W. (? –1875), Residen Inggeris di Perak yang mati dibunuh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
VICTORIA INSTITUTION | VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur. Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor. Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut. Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi. Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000. Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
LOW, HUGH | Low, Hugh (1824-1905), Residen Inggeris di Perak dari tahun 1877 hingga 1889. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DESENTRALISASI | Desentralisasi, dasar pengembalian kuasa oleh pentadbiran penjajah British di Tanah Melayu yang lebih berpusat dan dikuasai oleh kuasa Residen Jeneral di Kuala Lumpur kepada kuasa raja-raja Melayu dan pentadbiran di peringkat negeri iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PANDAK ENDUT | PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British. Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak. Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela. Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya. Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA BOT RAJA JUMAAT | RAJA BOT RAJA JUMAAT (1849-1916), pentadbir daerah Lukut. Dia adalah putera Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan ibunya ialah Senai, puteri Sultan Muhammad. Semasa berumur lapan tahun, dia telah khatam al-Qur’an. Tiga tahun kemudian dia dihantar ke Melaka untuk mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Melaka. Dia dijaga oleh Kolonel Ronald Macpherson, Residen Kauselor Melaka. Selepas itu, dia diajar hal-hal perniagaan oleh Baba Chee Yam Chuan, saudagar Melaka yang juga sabahat baik Raja Jumaat. Chee Yam Chuan banyak membantu pembangunan Lukut. Raja Bot kembali ke Lukut setelah berada di Melaka selama dua tahun. Dalam usia 13 tahun, dia membantu ayahnya menjalankan peniagaan, khususnya membeli keperluan seperti pakaian, candu dan makanan yang dijual kepada pekerja lombong. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BROWN C.C. | BROWN, C.C. (? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa British. Nama sebenarnya ialah Charles Cuthbert Brown. Dia pernah berkhidmat sebagai hakim di Parit, pelatih kepada pegawai di Pejabat Tanah di Taiping, Penolong Pegawai Daerah Parit, Residen British di Pahang, dan Penasihat British di Terengganu. | BAHASA | Tokoh |