Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sit] | رسيت

Definisi : sepotongan kertas bertulis yg mengesahkan atau mengakui penerimaan sesuatu bayaran atau barangan; buku ~ buku yg mengandungi helai-helai resit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sit] | رسيت

Definisi : surat rasmi yg menyatakan bahawa wang, barang dll sudah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RESIT

Resit ialah pernyataan bertulis tentang

pembayaran yang dilakukan oleh seseorang

kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah

pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang

atau harta yang dipindahkan daripada

pemilikan atau tanggungan seseorang kepada

seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa

sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga

jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian

(apabila sebahagian daripada jumlah penuh

dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu .

UMUM 
MESIN DAFTAR TUNAI

Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod

dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin

daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang

tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan

dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di

jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai

ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan

rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan.

UMUM 

Kembali ke atas