Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.si.tal] | ريسيتل

Definisi : (résital) (Muz) persembahan muzik dsb oleh pemain, penyanyi dsb solo atau oleh kumpulan kecil: ~ piano. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resital


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DE LOS ANGELES, VICTORIA

De los Angeles, Victoria (1923– ) ialah

soprano lirik wanita Sepanyol yang mendapat

perhatian antarabangsa sebagai seorang penyanyi

opera, penyanyi resital dan penyanyi solo orkestra.

UMUM 
PRICE, LEONTYNE

Price, Leontyne (1927– ) ialah penyanyi Amerika

Syarikat yang digolongkan sebagai salah seorang

soprano yang paling terkenal dalam zamannya.

Suaranya yang lantang mempunyai mutu getaran

yang menarik dan luar biasa kepelbagaiannya. Price

menjadi masyhur kerana resital konsert dan

persembahan operanya juga. Peranan lakonnya

dalam opera Aida mungkin merupakan peran

operanya yang paling terkenal. Lakonannya pada

tahun 1960, di La Scala di Milan, Itali, menjadikan

dia terkenal di seluruh dunia. Dialah wanita kulit

hitam pertama yang menjadi penyanyi utama dengan

syarikat opera yang masyhur itu.

UMUM 
SYDNEY OPERA HOUSE

Sydney Opera House di Sydney, Australia

dianggap sebagai salah sebuah bangunan yang

teragung pada tahun 1900-an. Ia terletak di

Bennelong Point, sebuah semenanjung yang

menganjur ke Pelabuhan Sydney. Dua buah

bumbungnya yang seperti layar kapal itu dengan

cangkerang yang tindih-menindih, serta

kejuruteraannya yang mengagumkan telah

menjadikannya terkenal ke seluruh dunia. Gedung

opera ini dapat menampung lebih 6600 orang

penonton. Dewan-dewannya menyediakan

kemudahan untuk konsert simfoni, opera, drama,

balet, filem, resital solo, pameran dan konvensyen.

Bumbung cangkerang itu meliputi dua buah

dewan pertunjukan yang terbesar dan sebuah

restoran.

UMUM 

Kembali ke atas