FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |
GAWAI BATU | GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan. | BUDAYA | Adat |
SMITH, IAN DOUGLAS | Smith, Ian Douglas (1919– ), menjadi Perdana Menteri Rhodesia-yang kini dikenali sebagai Zimbabwe – dari tahun 1964 hingga tahun 1978. Setelah menjadi perdana menteri, Smith memohon kemerdekaan Rhodesia daripada United Kingdom (UK) di bawah perlembagaan yang membenarkan segelintir minoriti kulit putih untuk terus memerintah kaum kulit hitam dalam jangka masa yang tidak pasti. Pihak United Kingdom tidak bersetuju dan pada 11 November 1965, Smith mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia tanpa restu United Kingdom. | UMUM | |
PERISTIWA PASIR SALAK | PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875. Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan. Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SALLEH AL-MASRI | SALLEH AL-MASRI (1875 – 1971), ulama dan pengasas Madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia berasal dari Kampung Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh al-Masri bin Baki. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Seremban. Selepas tiga tahun belajar di sekolah ini, dia mempunyai kecenderungan untuk belajar agama. Keinginan ini mendapat restu daripada orang tuanya. Akhirnya Salleh al-Masri bersama-sama dua orang sepupunya dihantar berguru di Bersilam Langkat, Sumatera, Indonesia. Di Bersilam Langkat, dia berguru dengan Syekh Abdul Wahab. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |