Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.vo.lu.si] | ريۏولوسي

Definisi : (révolusi) 1. perubahan sesebuah ke­rajaan, sistem politik, atau sistem sosial yg dilakukan secara radikal dan kekerasan, spt rusuhan dan pemberontakan bersenjata: Angkatan 45 lahir sbg pernyataan ~ Indonesia; 2. perubahan yg menyeluruh dan mendadak, terutamanya dr segi cara berfikir, bertindak, dsb; R~ Hijau gerakan utk meningkatkan hasil tanaman di negara-negara sedang membangun melalui teknik pertanian moden, spt ke­su­buran tanah, penggunaan jentera, kawalan penyakit dsb; ~ mental revolusi fikiran, pe­rubahan pemikiran secara menyeluruh; berevolusi mengadakan revolusi; merevolusikan mengubah sistem pe­me­rin­tahan (sosial dll) dgn kekerasan (cepat dll), membawa perubahan kpd sesuatu atau dlm sesuatu bidang secara radikal (meluas, me­nyeluruh, dan cepat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.vo.lu.si] | ريۏولوسي

Definisi : /révolusi/ perubahan (ter­utamanya dlm sistem pemerintahan atau dlm sistem sosial) yg dilakukan dgn kekerasan. merevolusikan mengubah sistem pemerintahan negara atau sistem sosial dgn kekerasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata revolusi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REVOLUSI BUDAYA

Revolusi Budaya lihat China (Revolusi Budaya).

UMUM 
REVOLUSI PERANCIS

Revolusi Perancis membawa perubahan besar

dalam masyarakat dan kerajaan Perancis. Revolusi

ini yang berlanjutan dari tahun 1789 hingga tahun

1799, juga membawa kesan yang menjangkau jauh

ke negara Eropah yang lain. Revolusi ini

memperkenalkan prinsip demokrasi kepada

Perancis tetapi tidak mengubah negara itu menjadi

negara demokrasi. Walau bagaimanapun, revolusi

ini menamatkan sistem pemerintahan tertinggi

oleh raja Perancis dan memperteguhkan golongan

kelas pertengahan. Selepas revolusi ini bermula,

raja, golongan bangsawan atau golongan yang

mempunyai keistimewaan yang lain tidak lagi

boleh menganggap kuasa mereka tidak akan

tergugat ataupun tidak mengendahkan prinsip

kebebasan dan kesamaan.

UMUM 
REVOLUSI AMERIKA

Revolusi Amerika (1775–1783) telah

melahirkan sebuah negara baru, Amerika

Syarikat. Revolusi yang juga dikenali sebagai

Perang Revolusi Amerika, berlaku di antara

Great Britain dengan 13 tanah jajahan yang

terletak di sepanjang Lautan Atlantik di Amerika

Utara. Tanah jajahan itu ialah Connecticut,

Delaware, Georgia, Maine, Maryland,

Massachusetts, New Hampshire, New Jersey,

New York, Pennsylvania, Rhode Island, Vermont,

dan Virginia. Peperangan itu bermula pada 19

April 1775, ketika askar British dan para revolusi

Amerika bertembung di bandar Lexington dan

Concord, Massachusetts. Peperangan itu

berlarutan selama lapan tahun. Pada 3

September 1783, Britain dan Amerika Syarikat

telah menandatangani Perjanjian Paris, yang

mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat.

UMUM 
REVOLUSI FILIPINA

penentangan penjajahan Sepanyol dan Amerika di Filipina

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
REVOLUSI

Revolusi ialah istilah yang umumnya merujuk

kepada perubahan dasar kerajaan bagi sesebuah

negara. Perubahan ini mungkin melibatkan

keganasan ataupun tidak. Revolusi juga boleh

berlaku dalam bidang lain, termasuklah

kebudayaan, ekonomi, dan kegiatan sosial. Rakyat

yang berusaha untuk menggantikan sistem lama

dengan sesuatu yang baru dikenali sebagai

revolusioner.

UMUM 
REVOLUSI 1848

Revolusi 1848 melibatkan satu siri

pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman,

dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali.

Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah

desakan untuk menubuhkan kerajaan

berperlembagaan; semangat nasionalisme yang

meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali,

Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum

petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan

tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman

dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ).

UMUM 
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
REVOLUSI JULAI

Revolusi Julai 1830 berlaku di Paris apabila rakyat

Perancis memberontak menentang Raja Charles X.

Raja Charles cuba menjadikan Perancis sebagai

sebuah negara monarki mutlak seperti sebelum

berlakunya Revolusi Perancis yang pertama.

UMUM 
REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Revolusi Perindustrian. Pada tahun 1700-an

dan awal tahun 1800-an, perubahan besar-besaran

berlaku dalam kehidupan dan pekerjaan penduduk

di beberapa tempat di dunia. Perubahan ini berlaku

kerana kemajuan industri. Revolusi Perindustrian

bermaksud perubahan-perubahan yang berlaku

dan zaman perubahan itu berlaku.

UMUM 
MARAT, JEAN PAUL

Marat, Jean Paul (1743–1793) ialah pemimpin

radikal Revolusi Perancis. Dia menambahkan

kekejaman revolusi tersebut dengan mendesak

supaya penentang revolusi dibunuh.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas