Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); ke­hilangan ~ kehilangan mata pencarian; men­cari ~ mencari makan, mencari peng­hidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat ke­un­tung­­an dll; naik ~nya semakin bertambah ke­untungannya; orang makan gaji, umur pan­jang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg di­usahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : segala sesuatu yg diperlukan utk hidup; makanan atau segala yg diperlukan sehari-hari; nafkah: Mudah-mudahan Tuhan memurahkan ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rezeki (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, bonus, ganjaran, hasil, panen.,

Puisi
 

Anak Cina bermain ceki,
     Baju dibuka tinggal seluar;
Kalau sudah bukan rezeki,
     Di dalam mulut lari keluar.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Ada nyawa ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAGINAKAN

MAGINAKAN, upacara keagamaan kaum Dusun-Kadazan di Sabah sebagai cara menyatakan kesyukuran dan penghargaan kerana rezeki yang diberikan oleh tuhan Kinorohingan, di samping memohon kepadanya supaya menurunkan rezeki dan menyuburkan tanaman pada musim akan datang.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
PUJA PANTAIPUJA PANTAI, amalan atau upacara amal yang diadakan untuk makhluk-makhluk halus yang menjaga laut agar tidak mengganggu kehidupan para nelayan dan memberikan mereka rezeki yang banyak.BUDAYAPerayaan/Upacara
GAWAI BATU

GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas  perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan.

BUDAYAAdat
PELARIS

PELARIS, sejenis azimat yang dipercayai boleh membantu menambah rezeki dalam perniagaan ataupun untuk orang perempuan bertemu jodoh.

BUDAYAKepercayaan
TARIAN PULAI

TARIAN PULAI, tarian tradisional petani di kawasan pedalaman Terengganu. Tarian ini diadakan pada musim menanam padi, iaitu bertujuan untuk berhibur setelah penat bekerja sehari suntuk di sawah, di samping memohon rezeki yang lebih.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PAK KADUK

PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui “Cerita Pak Kaduk” membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. 

SASTERAKarya
ANUGERAH

ANUGERAH,  pemberian yang berupa hadiah yang terbesar  dan tinggi nilainya.  Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit ‘nugeraha’ atau ‘ anugeraha’. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya.  Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas