Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suka hati dan gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riang (adjektif)
Bersinonim dengan ria, girang, gembira, ceria, meriah, seronok, suka, sukacita, senang hati;,
Kata Terbitan : beriang, beriang-riang, beriang hati, meriangkan, keriangan,

Peribahasa

Tua-tua tupai tak tidur atas tanah.

Bermaksud :

Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARISTOPHANES

Aristophanes (445?–385? S.M.) ialah penulis

komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya

menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik

yang indah berserta kritikan serius terhadap

politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia

seorang pakar lagu dan ritma.

UMUM 
PLAUTUS

Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom

yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi

Baru Yunani yang menekankan pemuda yang

mencintai hamba perempuannya, kekeliruan

identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang

terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi

Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik

pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak

membimbangkannya kerana dia hanya

menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa.

Dia pakar dalam dialog, menulis tentang

kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta,

dan penganiayaan.

UMUM 

Kembali ke atas