ADAT PERKAHWINAN MELAYU RIAU | ADAT PERKAHWINAN MELAYU RIAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Riau di Riau, Indonesia. Di kalangan masyarakat ini, adat ini dikenal sebagai adat nikah kahwin. | BUDAYA | Konsep |
BAHASA MELAYU RIAU | BAHASA MELAYU RIAU, pecahan daripada bahasa Melayu Johor-Riau. Bahasa Melayu Riau merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu kerajaan Melaka. Setelah kota Melaka jatuh ke tangan Portugis, kerajaan Melayu berpindah ke Johor dan kemudian ke Riau. | BAHASA | Konsep |
RIAU LINGGA | tempat | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
RIAU-LINGGA | RIAU-LINGGA, kesultanan Melayu pada abad ke-18 dan abad ke-19. Nama kerajaan Riau-Lingga diubah bergantung pada tempat pusat kerajaan itu. Setelah kerajaan Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, pusat kerajaan didirikan di bahagian selatan Johor, dan selama abad ke-17, kerajaan Melaka disebut kerajaan Johor. Pada tahun 1699, sewaktu Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dibunuh, Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik sebagai Sultan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Pada tahun yang sama, kerajaan Johor diserang oleh Raja Kecil dari Siak yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud. Dengan itu, pusat kerajaan Johor dipindahkan ke Pulau Bintan. Pada tahun 1709, sultan dan kerabat istana berpindah ke Riau, Pulau Bintan. Sepanjang abad ke-18, kerajaan Johor disebut Riau-Lingga kerana kota sultan terdapat di beberapa tempat di Riau, dan wilayah yang diperintah sultan termasuk Pulau Lingga, pulau-pulau lain di kawasan Laut China Selatan dan di Semenanjung Tanah Melayu, Johor dan Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
KANUN RIAU-LINGGA | KANUN RIAU-LINGGA, teks Melayu lama menceritakan asal usul raja-raja Melayu yang memerintah Johor-Riau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Akta |
KESULTANAN JOHOR | KESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
ENGKU NGAH | ENGKU NGAH, (1774 – 1828), bangsawan Riau. Engku Ngah dikenal juga dengan nama Raja Idris bin Raja Haji, putera kedua Yang Dipertuan Raja Haji, Riau. Ibunya, Encik Uning, berasal dari Inderagiri. Engku Ngah berkahwin dengan raja Safiah, anak Yang Dipertuan Muda Raja Ali, dan mendapat dua orang anak perempuan. Nama Engku Ngah disebut beberapa kali dalam Tuhfat al-Nafis, karya yang dimulakan oleh bapa saudaranya. Raja Ahmad dan dilengkapi oleh sepupunya Raja Ali Haji. Engku Ngah merupakan salah seorang anggota angkatan Riau yang menyerang Melaka pada tahun 1784, tetapi dia meninggalkan Melaka dengan beberapa orang Bugis yang lain selepas Belanda menawan Riau pada tahun 1787. Orang Bugis kemudian kembali ke Melaka, tetapi disebabkan perkelahian yang berterusan dengan orang Melayu, Engku Ngah bersama-sama beberapa orang anak raja yang lain pergi ke Selangor. Pada sekitar tahun 1804, dia membantu Selangor menyerang Perak. Sebagai ganjaran, dia diberikan hak ke atas perlombongan bijih timah di daerah Kelang. Tidak lama kemudian, Engku Ngah kembali ke Riau. Menurut Tuhfat al-Nafis, Engku Ngah dimurkai oleh orang istana kerana hubungannya dengan ulama Minangkabau dan dituduh mengamalkan tarekat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA MUHAMMAD YUSUF | RAJA MUHAMMAD YUSUF (1820-an-1899), Yang Dipertuan Muda Riau yang ke-10 (1858-1899). Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia adalah putera Raja Ali, Yang Dipertuan Muda Riau yang kelapan. Dia dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau pada 17 Disember 1858. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA JAAFAR | RAJA JAAFAR ( ? – 1830), Yang Dipertuan Muda Riau yang keenam (1806-1830). Raja Jaafar adalah putera Raja Haji. Sultan Mahmud Syah III berkenan melantiknya sebagai Yang Dipertuan Muda Riau yang Keenam menggantikan Raja Ali, Yang Dipertua Muda Riau yang kelima, yang meninggal dunia pada tahun 1806. Pelantikan Raja Jaafar dilakukan di Lingga. Dengan pelantikan tersebut, Raja Jaafar telah berpindah dari kediamannya di Kelang, Selangor ke Pulau Penyengat, Riau. Pusat pemerintahannya dinamakan Kota Rentang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA ALI HAJI | RAJA ALI HAJI (1809-1871/72), penulis dan cendekiawan Melayu Riau, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raja Ali bin Raja Haji Ahmad. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Raja Ali Haji adalah daripada keturunan Daeng Bugis. Ayahandanya, Raja Ahmad (Engku Haji Tua), adalah adinda Raja Jaafar, Yang Dipertuan Muda Riau yang keenam (1805-1834). Dia dan keluarganya berpindah ke Pulau Penyengat. Dia digelar Engku Tua kerana jasanya kepada Raja Jaafar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |