YORKSHIRE | Yorkshire ialah kawasan geografi yang besar di bahagian timur laut England. Ia meliputi kaunti Yorkshire Utara, East Riding of Yorkshire, sembilan daerah metropolitan yang membentuk selatan dan barat laut Yorkshire, dan York bandar katedral purba. Hampir keseluruhan wilayah Yorkshire Utara merupakan desa. | UMUM | |
PERRAULT, CHARLES | Perrault, Charles (1628–1703), penulis Perancis, dikenali ramai kerana buku cerita dongeng yang dikumpulkannya, iaitu Tales of Mother Goose . Kumpulan cerita dongeng ini yang diterbitkan di bawah nama anak lelakinya pada tahun 1697 termasuklah “ Sleeping Beauty ”, “ Little Red Riding Hood ”, “ Bluebeard ”, “ Puss in Boots” , “ Cinderella ”, dan “ Tom Thumb ”. Lihat Mother Goose. | UMUM | |